31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaInspirasiGuna teknik DIY ini supaya anak boleh membaca gabung bunyi, hanya guna...

Guna teknik DIY ini supaya anak boleh membaca gabung bunyi, hanya guna cawan kertas sahaja!

Ramai ibu bapa yang kreatif untuk mencari cara dan kaedah bagaimana untuk mengajar anak kecil supaya mereka lebih minat untuk belajar dan lebih mudah untuk mengingati. Ada yang menggunakan kad manila, ada yang menggunakan kertas berwarna-warni dan ada juga yang selalu membuka video atau siaran TV yang memaparkan tentang cara membaca dan sebagainya.

Apa yang lebih menarik ada yang bijak mencipta permainan atau ‘game’ untuk anak kecil mereka belajar. Buat anda yang mungkin tiada idea untuk itu, apa kata ikuti langkah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Caranya mudah sahaja dan anda boleh menggunakan cawan kertas untuk tujuan tersebut. Dengan menggunakan cawan kertas, ibu bapa boleh mengajar anak mereka teknik membaca gabung bunyi. Sebelum pandai membentuk perkataan, anak perlu membaca gabungan huruf dahulu sebagai langkah awal.

Cara DIY ini boleh dapat membantu meningkatkan kemahiran anak yang sudah mengenali huruf. Berikut adalah kaedah DIY yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli di Facebook miliknya.

DIY AKTIVITI MEMBACA GABUNG BUNYI

Bismillah. Salam semua, hari ni Anis nak kongsi tutorial cara buat bahan bantu belajar DIY yang sangat ‘best’ dalam bantu anak belajar gabung bunyi.

Gabung bunyi ni sangat penting sebelum anak boleh baca perkataan dengan lancar dan cepat. Tapi pastikan anak tahu bunyi huruf dulu ya.

Bagi yang dah buat aktiviti literasi awal, bolehlah buat aktiviti gabung bunyi pula.

Senang sangat dan bahan yang diperlukan:

  • Pensel
  • Marker pen
  • Cawan kertas
  • Pisau pemotong kertas.

Cara nak buat Anis terang dekat gambar ya. Semoga bermanfaat InsyaAllah.

1. Sediakan cawan kertas

Mula-mula sediakan cawan kertas. Kertas ya, bukan plastik sebab senang hendak potong.

2. Tulis huruf konsonan dan vokal pada cawan berasingan

Okay tulis dulu huruf untuk anak gabung bunyi.

Contoh dalam buku 1 ‘Bacalah Anakku’ anak belajar gabung bunyi ba, bi, bu dan na, ni, nu.

Jadi boleh tulis huruf yang berkait atas cawan kertas. Contoh satu cawan khas untuk tulis huruf konsonan, satu lagi vokal. Yang vokal tu tulis a i u, tapi jarakkan sedikit.

3. Buat lubang empat segi pada sebelah huruf konsonan

Untuk cawan konsonan buat kotak kosong dekat sebelah. Dan sambil buat boleh cuba masukkan cawan vokal tu tengok muat atau tidak.

4. Berhati-hati ketika memotong

Okay, hati-hati potong. Anis cadangkan sangat guna cawan ni sebab proses hendak potong senang sangat.

5. Rupa cawan selepas dipotong…

Inilah hasil selepas dipotong. Ada lubang tepi cawan konsonan.

Mommies boleh buat lagi cawan konsonan mengikut huruf yang ingin digabung bunyi.

6. Tindihkan cawan

Tindihkan cawan konsonan atas cawan vokal.

7. Boleh tukar cawan untuk hasilkan bunyi lain

Mommies boleh tukar lagi dengan konsonan lain.

Okey minta anak pusing sambil gabung bunyi. Tapi anis cadangkan mommies ajar dulu cara gabung bunyi ya.

Kira aktiviti ni untuk tingkatkan lagi penguasaan anak-anak.

Buat ibu bapa di luar sana anda mungkin boleh gunakan kaedah yang dicadangkan ini untuk mengajar sendiri anak-anak kecil anda di rumah.

Kaedah pembelajaran akan menjadi saat menyeronokkan dan apa yang paling penting anak kecil akan lebih mudah faham akan apa yang diajarkan mereka. Apabila mereka sudah mahir membaca gabungan bunyi, mereka sudah boleh membentuk perkataan seterusnya sudah boleh membaca.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI