Apabila seorang bapa memiliki anak perempuan pertama yang dilahirkan dalam generasi keluarganya untuk tempoh lebih 70 tahun, keseluruhan perjalanannya menjadi bapa kepada seorang anak perempuan kini adalah baharu, mencabar, bermakna dan menakjubkan.
Itulah yang dialami oleh seorang bapa dari Kanada ketika membesarkan anak perempuan kesayangannya.
Salah satu perbezaan itu adalah dengan pilihan aktiviti kokurikulum si kecil.

Anak perempuan tidak bermain hoki atau besbol seperti selama mana yang bapa ini tahu dan pro untuk mengikut jejak sama, tetapi nampaknya si kecil mahu ayahnya mencuba sukan lain.
Demi cinta kepada gimnastik, si kecil comel ingin menjadi mahir dalam sukan itu.

Jadi demi menyatakan sokongan yang tidak terhingga, seorang bapa penyayang perlu melakukan langkah baru, dan ia terasa seperti pencapaian paling luar biasa belum pernah dilihat.
Walaupun tidak tahu apa-apa tentang gimnastik, si bapa masih suka menjadi sebahagian daripada gim dan membantu pada bila-bila masa yang dia boleh.

Suatu hari, jurulatih melihat bapa ini bersungguh untuk menjadi sebahagian pasukan anak kecilnya, jadi telah bertanya sama ada dia boleh melakukan persembahan gimnastik duo bersama anak perempuannya untuk malam Krismas dan dia bersetuju.

Jurulatih memberi idea, bapa hanya perlu mengikut langkah rutin anak perempuannya dan kemudian akan cuba meniru langkah itu di hadapan semua ibu bapa dan kanak-kanak yang hadir.

Apa yang berlaku, anak perempuannya membuat koreografi keseluruhan rutin dan si bapa meniru dengan baik lalu mengejutkan semua penonton yang hadir.
Tambahan kepada persembahan itu, si bapa mengambil inisiatif dengan memakai pakaian gimnastik bersesuaian, berwarna oren yang comel dan gerak gerinya melucukan.

Bapa ini berasa gugup tetapi kemudian terus yakin dengan langkahnya menyebabkan dewan gimnastik itu gamat dengan tepukan dan ketawa para penonton.
Tidak boleh nafi, mesti kakinya dan otot jadi kejang kemudian selepas melakukan rutin itu tetapi persembahan bapa dan anak perempuan ini begitu menghiburkan.

Harap tidak terlalu banyak kesakitan otot pada keesokan harinya, tetapi rasanya kejutan yang dibuat dalam video yang menjadi tular di media sosial ini mungkin dapat membantu menghilangkan kesakitan atau tiada kesakitan langsung. Cuma sakit otot muka kerana ketawa.

Rasa sakit yang tiada apa-apa, asalkan persembahan rutin itu disukai semua sambil si bapa sangat bersyukur dan berbangga kerana semua orang dapat melihat betapa berbakat anak gadis kecilnya dalam gimnastik.

Seorang bapa yang pada mulanya tidak pasti tentang sukan gimnastik apabila dia memulakannya tetapi akhirnya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan yang sangat bermakna dan penting ketika membesarkan anak perempuan kesayangannya.
Tonton video di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: