26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupTerus berdikari dengan guna tangan palsu untuk bekerja, kisah penghantar makanan ini...

Terus berdikari dengan guna tangan palsu untuk bekerja, kisah penghantar makanan ini beri inspirasi ramai

Dalam hidup ini terlalu banyak perkara-perkara yang tidak dijangkakan berlaku. Ada kejadian yang menyenangkan dan mengembirakan tetapi banyak juga kejadian-kejadian pahit yang berlaku sehingga sukar untuk dilupakan. Apa yang lebih pahit, kejadian yang berlaku meninggalkan kesan mendalam sepanjang hidup.

Untuk bangkit semula daripada pengalaman pahit itu pastinya sukar. Terkadang dunia terasa gelap seketika memikirkan apa yang telah terjadi. Namun, perlahan-lahan kekuatan mula diraih semula dan hidup diteruskan.

Kini, kisah seorang penunggang penghantar makanan Malaysia yang kehilangan sebelah tangannya dalam kemalangan motosikal telah memberikan inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.

Ahmad Nabil Rosli, dikatakan telah kehilangan tangan kiri dalam kemalangan yang berlaku 5 tahun lalu dan kini menggunakan tangan palsu. Kemalangan tersebut berlaku akibat dia terlelap semasa menunggang motosikal atau ‘microsleep‘.

“Tangan saya hampir putus selepas motor yang saya tunggang terbabas melanggar pembahagi jalan, sehingga terpaksa membuat keputusan tangan dipotong.

Pemuda yang berusia 23 tahun itu walau bagaimanapun sangat kuat untuk meneruskan hidup. Dia juga sangat rajin bekerja sebagai seorang penghantar makanan.

Nabil mendedahkan bahawa dia memilih untuk memakai lengan prostetik untuk “menutup ketidaksempurnaannya” semasa dia di luar sana untuk mencari rezeki.

“Saya tidak mahu orang bersimpati dengan saya. Saya mahu berdiri di atas kaki saya sendiri. Selain itu, saya mahu pelanggan berasa selesa dengan kehadiran saya.”

“Selain itu saya juga mahu setiap pelanggan selesa dengan kehadiran saya. Kalau orang dewasa okay lagi, macam mana kalau saya berdepan dengan kanak-kanak?”

Mengimbas kembali pengalamannya, Nabil berkata, suatu ketika dia tergesa-gesa menghantar pesanan pelanggan, dia terlupa untuk memakai lengan palsunya.

“Pernah sekali saya nak cepat hantar makanan, tak sempat nak pakai tangan palsu. Bila sampai ke rumah pelanggan siang hari, anak tuan rumah yang keluar cepat-cepat berlari masuk ke rumah sebab takut tengok saya hanya ada satu tangan,” katanya yang kini menetap di Kemaman, Terengganu.

Nabil berkongsi pengalaman dan kisahnya sebagai penghantar makanan dengan sebelah tangan melalui akaun TikToknya. Sehingga kini, dia memiliki sekitar 86,000 pengikut di laman sosial itu.

Selain bekerja sebagai penghantar makanan, dia juga mempunyai ‘pekerjaan’ lain iaitu dengan mempromosikan perniagaan bundle di TikTok. Sejak 2020 dia rajin membuat ‘live’ mengenai baju-baju terpakai atau bundle yang dibelinya.

“Saya gemar beli baju-baju bundle sebab murah dan cantik. Jadi, saya kongsi kepada followers tentang apa yang saya pakai, pada masa sama support bisnes peniaga baju bundle.

“Itu bukan review berbayar, saya tak mendapat untung pun. Saya beli sendiri dan sukarela support bisnes peniaga yang kadang-kadang kena ‘joy’ (ditipu bakal pembeli),” tambahnya lagi.

Dia juga menjelaskan bahawa dia telah menerima pelbagai tawaran untuk ‘review’produk. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, boleh lah ke laman TikToknya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI