31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaPerang Rusia-Ukraine: Kos baja dijangka naik bakal jejaskan harga makanan di seluruh...

Perang Rusia-Ukraine: Kos baja dijangka naik bakal jejaskan harga makanan di seluruh dunia

Kos baja telah mengalami peningkatan dengan ketara sejak bermulanya pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine. Peningkatan kos dijangka ini mengakibatkan harga barangan runcit meningkat dan seterusnya inflasi bakal berlaku ke atas harga makanan.

Disebabkan oleh saiznya yang besar dan kepelbagaian geografinya, Rusia tidak dapat ditandingi lain sebagai pengeksport makanan mentah. Rusia menghasilkan 25 peratus daripada bekalan Eropah bagi bahan baja utama nitrogen, potash dan fosfat, dan sebarang gangguan kepada eksport ini boleh merosakkan pengeluaran makanan di seluruh dunia dengan ketara.

Walaupun Amerika Syarikat dan NATO telah cuba untuk melumpuhkan ekonomi Rusia dengan mengenakan sekatan ekonomi, sekatan ini pasti mempunyai kesan ke atas ekonomi global yang akan menyumbang kepada peningkatan inflasi keperluan seperti bahan api dan makanan.

Jumaat lalu, menteri perdagangan dan industri Rusia mengesyorkan bahawa pengeluar baja negara itu menghentikan eksport serta memberitahu bahawa tiada jaminan bahawa eksport baja akan memenuhi pasaran asing.

Malah sebelum pencerobohan, harga baja telah meningkat dengan ketara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga gas yang diperlukan untuk menghantar baja ke seluruh negara dan benua.

Di New Orleans, baja urea nitrogen meningkat sebanyak 29 peratus kepada $705 setiap tan, yang merupakan rekod inflasi paling tinggi dalam 45 tahun. Pada pembukaan pasaran pada hari Isnin, harga terus melonjak kepada $850 setiap tan, dan aliran itu mula stabil apabila eksport baja Rusia tidak masuk ke pasaran global.

Kekurangan baja yang berkemungkinan bakal terjadi telah mendorong beberapa pakar untuk mula mencari pengganti alternatif yang mungkin tidak disenangi kebanyakan orang yang terlibat.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tiga negeri telah meluluskan undang-undang untuk menggunakan bahan organik semula jadi, lebih dikenali sebagai “pengkomposan manusia,” yang merupakan cara baru dan kontroversi. Hal ini kerana kaedah pelupusan mayat manusia dengan melarutkannya dalam air untuk digunakan sebagai baja.

Bagi sesetengah orang yang bersetuju, ia adalah cara yang baik dari segi ekologi untuk mengembalikan tubuh manusia kepada alam sekitar; bagi pengkritik pula, ia adalah satu penghinaan dan tidak berperikemanusiaan kepada si mati.

Idea pengkomposan manusia walau bagaimanapun masih belum menjadi faktor penting dalam industri baja terutama ketika perang Rusia sekarang. Walau bagaimanapun, jika harga baja terus dipengaruhi oleh konflik geopolitik yang berlarutan di Eropah Timur, adalah wajar untuk mencari sumber alternatif bagi baja.

Dalam masa terdekat, kesan paling ketara yang boleh dirasakan ialah kenaikan harga barang yang semestinya bakal menjejaskan bekalan makanan manusia. Harga barang mentah bakal meningkat dan akibatnya orang ramai terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan maknanan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI