25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaBerita UtamaKerana minat, pesara sanggup belanja sekitar RM150,000 untuk miliki RV

Kerana minat, pesara sanggup belanja sekitar RM150,000 untuk miliki RV

BESUT: Minat yang mendalam terhadap motorhome mendorong seorang pesara, Dr Ridzuan Ramli menggunakan sebahagian daripada wang ganjaran pencennya untuk membeli kenderaan rekreasi (RV) itu yang diimport khas dari Jepun berharga RM150,000, tahun lepas.

Pesara pegawai penyelidik di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) berusia 59 tahun itu mengambil keputusan bersara lebih awal kerana tidak sabar untuk memenuhi impian memiliki RV yang sudah lama terpendam.

“Saya rasakan lambat nak tunggu usia 60 tahun (untuk bersara) bagi membeli RV tersebut, jadi saya ambil keputusan bersara dua tahun lebih awal iaitu pada November tahun lepas.

“Saya gunakan wang ganjaran pencen untuk membeli motorhome jenama Toyota Camrode 2.8 Diesel Turbo dan setakat ini Besut merupakan lokasi paling jauh saya kunjungi bersama isteri menggunakan kenderaan itu,” katanya yang tinggal di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Beliau ditemui Bernama pada program ‘Camper Rally Terengganu 2022’ yang menghimpunkan 76 buah motorhome dan karavan dari seluruh negara di Pantai Dendong, Bukit Bubus di sini, hari ini.

Berkongsi minat yang sama, seorang ahli perniagaan dari Setiu di sini, Wan Sharudin Wan Latif, 51, sanggup menghabiskan kira-kira RM500,000 untuk membeli motorhome yang diimport khas dari United Kingdom tahun lepas.

Beliau berkata bersama keluarganya, mereka telah menjelajah ke seluruh Semenanjung menggunakan kenderaan itu dan ia menjadi kenangan yang sangat bermakna serta menggembirakan.

“Selepas ini saya dan keluarga berhasrat untuk menjelajah hingga ke Eropah menggunakan motorhome kami, mungkin selepas penularan wabak COVID-19 reda,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (PCMM), Farman Othman berkata, perhimpunan selama dua hari bermula semalam itu, boleh dianggap sebagai yang terbesar pernah diadakan di negara ini melibatkan peminat dan pemilik RV.

Pexel

Beliau berkata, keindahan Pantai Dendong yang menghadap Laut China Selatan menjadi pilihan bagi penganjuran kali keempat itu.

“Kali pertama kami anjurkan Camper To Langkawi pada 2021 membabitkan penyertaan 46 RV, kemudian di Seremban, Negeri Sembilan (56 kenderaan) dan Camper Rally Kedah (22 kenderaan),” kata Farman.

Menurutnya, program tersebut dijayakan juga hasil kerjasama kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu bersama PCMM.

“RV dengan pelbagai model dan jenama yang berhimpun di Bukit Bubus ini berharga antara RM50,000 dan RM700,000 sebuah.

“Motorhome adalah kenderaan dilengkapi katil, dapur, bilik air dan penyaman udara yang membolehkan pemandu serta penumpang tidur dengan selesa, selain memasak di dalam kenderaan tersebut seperti rumah bergerak,” katanya.

Menurutnya untuk memiliki motorhome atau campervan, tidak semestinya perlukan kenderaan yang besar malah kereta lebih kecil juga boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing. – BERNAMA

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI