26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupCara mudah sediakan bekal makanan bayi bagi ibu bapa bekerjaya

Cara mudah sediakan bekal makanan bayi bagi ibu bapa bekerjaya

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan pelengkap hanya perlu diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan. Ibu bapa disarankan untuk memperkenalkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Setelah bayi dapat menerima makanan tersebut dengan baik, barulah kuantiti makanan boleh ditambah secara beransur-ansur mengikut umur bayi. Namun begitu, ibu bapa diingatkan agar tidak menambah garam, gula atau bahan berperisa ke dalam makanan bayi dan itulah yang dituruti oleh Puan Nadia Nanad ketika menyediakan bekal makanan untuk bayinya.

Puan Nadia Nanad berkongsi catatan di Facebook tentang bagaimana dia menyediakan bekal makanan untuk bayinya yang berusia 7 bulan. Bagi memudahkan guru yang menjaga anaknya itu mengendalikan makanan yang dibekalkan, Puan Nadia Nanad meletakkan makanan tersebut di dalam kotak penyejuk. Apabila tiba waktu makan, guru tersebut hanya perlu memanaskan sahaja makanan tersebut.

Mari lihat resipi bubur, sup sayur, ikan tenggiri goreng, sumsum mangga dan buah naga yang dikongsi oleh Puan Nadia Nanad ini.

Sup sayur:
1. Tumis bawang putih dan bawang holland (Puan Nadia Nanad menggunakan mentega tanpa garam untuk menumis).
2. Masak kentangg, lobak merah dan baby corn sehingga lembut.
3. Yang terakhir, masukkan batang sawi, saderi dan daun sawi.

Resipi ikan tenggiri goreng:
1. Gaulkan ikan tenggiri dengan kunyit ikan.
2. Goreng ikan seperti biasa.

Resipi Bubur Sumsum:
1. Sukat 3 sudu besar tepung beras, 200ml susu penuh krim dan 1 cawan air.
2. Kacau sehingga adunan sebati dan tiada lagi tepung yang berketul-ketul.
3. Buka api perlahan dan kacau adunan.
4. Masak sehingga adunan pekat dan likat.
5. Masukkan bubur sumsum ke dalam bekas berserta buah yang telah dilenyek.

Selepas meneliti resipi tersebut, ternyata caranya begitu mudah sekali. Semua ibu bapa pun boleh mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Nadia Nanad ini. Kami juga yakin bahawa ibu bekerjaya boleh menarik nafas lega kerana resipi ini telah memudahkan mereka untuk menyediakan makanan buat si kecil yang disayangi. Selamat mencuba!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI