25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupPerhati anak perempuan bergelut mengemas meja di tempat kerja yang ramai pelanggan,...

Perhati anak perempuan bergelut mengemas meja di tempat kerja yang ramai pelanggan, ibu spontan hulur tangan membantu

Kasih ibu berada di mana-mana, walaupun ketika berada di tempat kerja anaknya.

Seorang ibu dari Filipina bergegas mengotorkan tangan sendiri demi membantu anak perempuannya apabila dia memperhatikannya sedang bergelut semasa bekerja di restoran McDonald’s.

Sikap penyayang dan tidak mementingkan diri ibu ini bukan sahaja menyentuh hati anak perempuannya malahan ribuan warganet apabila gambarnya tular di media sosial beberapa tahun lalu sebelum pandemik melanda.

Facebook

Rubie Lyn Mendoza berkongsi bagaimana ibunya, Emilia, akhirnya bangkit mengelap dan membersihkan meja di restoran makanan segera McDonald’s tempat kakaknya, Jann bekerja sambilan.

Ketika itu, Rubie dan ibunya melawat Jann di tempat kerjanya tetapi dia tidak dapat melayan mereka kerana dia seorang sahaja yang sedang bertugas dan bertanggungjawab membersihkan meja pelanggan yang kebetulan sedang ramai berkunjung.

Memandangkan terdapat ramai pelanggan, Jann sangat sibuk dengan tugasnya.

Facebook

Sebaik sahaja Rubie selesai membuat pesanan, dia terkejut apabila mendapati ibunya mula membantu Jann mengemas meja.

Terharu dengan tindakan spontan ibunya, Rubie mengambil gambar ibu tersayang dan Jann membersihkan meja lantas berkongsi di Facebook.

Hingga mencetuskan pujian ramai warganet tersentuh hati mengenai kasih sayang ibu terbaik untuk Rubie dan Jann yang sangat bertuah:

Facebook

“Ibu adalah yang terbaik.”

“Kasih sayang seorang ibu.”

Sementara itu, beberapa warganet meninggalkan komen yang mengingatkan pelanggan untuk membersihkan meja dan membuang sampah sendiri selepas menggunakan meja di restoran makanan segera.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI