31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024
UtamaBerita UtamaBerpesta seperti ‘tiada hari esok’, Jho Low berhabis lebih RM1 juta untuk...

Berpesta seperti ‘tiada hari esok’, Jho Low berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton – laporan saksi

Sejumlah AS$250,000 (RM1.046 juta) dilaporkan telah dibelanjakan untuk Leonardo DiCaprio, selain perbelanjaan hiburan mencecah sehingga AS$385,773 (RM1.616 juta) dan AS$5,000 (RM20,926) dihabiskan untuk model-model terkenal.

Itu adalah antara butiran perbelanjaan yang dibacakan oleh pihak pendakwaan dalam sesi perbicaraan membabitkan bekas Ketua Pelaburan Perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng.

Roger Ng, 49 tahun, berdepan pertuduhan konspirasi berkaitan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah mendengar hujahan saksi pada 15 Februari yang menggambarkan bagaimana berjuta ringgit yang didakwa diseleweng dalam skandal 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) telah digunakan untuk menjalani kehidupan mewah dan luar biasa.

Twitter

Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York, mendengar pertuduhan berkenaan invois daripada majlis keraian dihoskan oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low di Las Vegas, antara lain membabitkan makanan, minuman dan “model terkemuka”, yang perbelanjaannya didakwa melebihi AS$3.6 juta (RM15.67 juta).

Perbelanjaan hiburan itu termasuk 65 botol Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 (RM418,530) dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955 (RM163,038).

Roger Ng, satu-satunya bekas pekerja Goldman Sachs yang dibicarakan di Amerika Syarikat atas skandal itu, didakwa bersubahat melanggar undang-undang antipengubahan wang haram Amerika Syarikat yang membabitkan berbilion dolar daripada dana 1MDB.

Perbicaraan kes Ng di Mahkamah Persekutuan Brooklyn dijangka mengambil masa sehingga enam minggu.

Skandal itu dikatakan berpunca daripada bon kira-kira AS$6.5 bilion (RM27.2 bilion) yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

Twitter

Pihak pendakwa raya juga melihat beberapa perbelanjaan besar telah dibuat kepada selebriti terkenal Amerika Syarikat melibatkan kos sehingga:

  • Leonardo DiCaprio: AS$250,000
  • Paris Hilton: AS$100,000
  • Megan Fox: AS$250,000
  • Kim Kardashian: AS$50,000

Pada asasnya, panel perbicaraan diberitahu, Jho Low berpesta seperti “tiada hari esok”.

Jho Low, yang didakwa bersama Roger Ng pada 2018, belum ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atau Malaysia dan dilaporkan berada di Beijing, namun dinafikan oleh China.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI