26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupPemungut sampah peroleh angpau sekitar RM2500 ketika Perayaan Tahun Baru Cina

Pemungut sampah peroleh angpau sekitar RM2500 ketika Perayaan Tahun Baru Cina

Peribahasa bertemu bukit di tepi telaga yang bermaksud mendapat rezeki amat sesuai digandingkan dengan kisah sekumpulan pemungut sampah di Perak yang memperoleh angpau sekitar RM2500 pada Tahun Baru Cina yang lalu.

Muhammad Izzat dan 3 orang rakannya yang lain bagai bertemu bukit di tepi telaga apabila menerima air kotak, buah limau dan angpau ketika bertugas mengutip sampah di sekitar negeri itu. Melalui media sosial TikTok, @Muhammad Izzat memuat naik video yang menyatakan rasa syukurnya apabila penduduk setempat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina sudi berkongsi rezeki dengan mereka.

Mengikut rekod, pada 31 Januari, mereka menerima angpau berjumlah RM430, diikuti RM809 pada 1 Februari, RM774 pada 2 Februari, RM238 pada 3 Februari dan RM202 pada 4 Februari. Selepas itu, mereka menerima angpau sekitar RM50-80 setiap hari sehingga 10 Februari lalu. Menurutnya, selepas habis kerja mereka akan mengira dan membahagikan sama banyak angpau tersebut kepada 4 orang. 

Lihatlah betapa pemurahnya rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, sama-sama berkongsi rezeki.

Rata-rata netizen begitu teruja dengan perkongsian Muhammad Izzat itu dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya.

Ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman menerima pemberian yang serupa ketika Tahun Baru Cina pada tahun-tahun lalu.

Jika anda orang yang berhempas tulang berisi perut yang bermaksud rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki tanpa mengenal jenis pekerjaan seperti Muhammad Izzat pasti akan peroleh rezeki yang tidak disangka-sangka pada masa akan datang.

Tonton video Muhammad Izzat di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI