34.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupPura-pura jatuh sebelum pamerkan kemahiran terbalikkan badan ke belakang, persembahan tarian singa...

Pura-pura jatuh sebelum pamerkan kemahiran terbalikkan badan ke belakang, persembahan tarian singa ini memang luar biasa

Antara keunikan negara kita ialah kepelbagaian bangsa, agama dan kaum. Hal ini membolehkan kita melihat dan mengenal adat dan budaya yang berbeza daripada setiap orang. Apa yang lebih menarik kita juga boleh turut sama menyertai mereka menyambut perayaan mereka yang sememangnya sangat unik dan meriah!

Apabila muncul sahaja Tahun Baru Cina perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah untuk melihat persembahan tarian singa. Tarian ini biasanya dilakukan di kawasan-kawasan lapang yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pusat membeli-belah.

Buat kita yang tidak pernah melakukan tarian ini pasti banyak persoalan di dalam kepala. Antara soalan yang sering membuat kita terfikir ialah bagaimana penari-penari boleh menari dengan melompat dari tiang ke tiang dan tidak jatuh. Semestinya, hanya mereka yang terlatih yang boleh melakukan aksi seperti itu.

Baru-baru ini sebuah persembahan singa yang dilakukan di Imago Mall, Kota Kinabalu telah menjadi tular kerana mereka memaparkan aksi yang agak berbeza. Apa yang berlau ialah penari-penari tarian itu menunjukkan seolah-olah mereka terjatuh sebelum melakukan aksi yang cukup mengagumkan.

Singa melompat dari tiang ke tiang dan kaki belakangnya seolah-olah jatuh dari salah satu tiang, namun penonton dapat melihat bagaimana badan singa yang seolah-olah terjatuh itu dipusingkan ke bahagian bawah sebelum singa tersebut melakukan pendaratan.

Aksi tersebut pada mulanya agak mendebarkan kerana ramai yang memikir singa tersebut memang betul-betul terjatuh. Namun, siapa sangka itu semua hanyalah ‘trick’ penari semata-mata untuk mewujudkan elemen kejutan pada akhir persembahan mereka.

Buat yang tidak tahu rutin ini dilakukan oleh Persatuan Tarian Singa Dan Naga Keong Fatt yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI