30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGaya HidupHanya untuk wanita, BookXcess buka cawangan khas ‘Powder Room’

Hanya untuk wanita, BookXcess buka cawangan khas ‘Powder Room’

Membaca adalah jambatan ilmu. Melalui amalan ini, seseorang itu dapat menambah pengetahuan merentasi sempadan.

Tidak kiralah membaca buku secara fizikal mahupun buku berbentuk digital, pendek kata, tidak akan rugi jika seseorang itu membaca!

Melihat kepada perkembangan positif daripada aspek penjualan buku, pihak BookXcess telah membuka beberapa cawangan dengan konsep yang menarik.

Salah satu cawangan terbarunya, ‘Powder Room’ ternyata memberi manfaat kepada golongan wanita, khasnya buat mereka yang sememangnya ulat buku.

Cawangan istimewa ini dikhabarkan hanya membenarkan kemasukan pengunjung wanita sahaja, bertujuan untuk memberikan privasi lebih kepada golongan terbabit.

Selain itu, BookXcess mempromosikan Powder Room sebagai ruang yang selamat, di mana kaum Hawa boleh berehat sendiri atau secara berkumpulan untuk sambil membaca.

Sebaik sahaja anda memasukinya, anda akan dapat lihat dereta rak buku kertas mahupun yang berkulit keras, serta ruang tempat duduk yang membolehkan anda turut berehat.

Terdapat pelbagai pilihan buku yang tersedia – daripada kategori awal dewasa hinggalah ke fiksyen, di samping seksyen untuk bahan bacaan kanak-kanak.

Kaum Adam sememangnya tidak dibenarkan masuk langsung. Jadi anda dikehendaki untuk menunggu di luar ataupun pergi ke cawangan BookXcess yang biasa sahaja.

Untuk anda yang berminat mahu mengunjunginya, ‘Powder Room’ terletak di G-231, Ground Floor, The Gardens Mall dan ia beroperasi daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI