Seorang lelaki yang telah lama menjalani kehidupan mengasingkan diri di kawasan pedalaman Yarlung Zangbo Grand Canyon di Tibet selama lebih enam tahun dihantar pulang oleh polis yang membuat rondaan baru-baru ini.
Lelaki itu yang menjalani kehidupan bersendirian telah dihantar pulang ke tempat asalnya selepas diarahkan untuk melakukan ujian COVID-19, yang mencetuskan tanda tanya misteri warga tempatan.
Media tempatan melaporkan, seorang lelaki ditemui merayau-rayau di sebuah pekan kecil ketika polis dari Balai Polis Bandar Lulang, Nyingchi di Tibet sedang melakukan rondaan. Siasatan mendapati lelaki itu sudah lama menjalani kehidupan pengasingan diri di kawasan pedalaman yang terletak di Yarlung Zangbo Grand Canyon selama enam tahun.
Ramai yang menyangka Tibet adalah destinasi pelancongan impian yang indah. Setiap tahun, lokasi pelancongan di jajaran Sichuan-Tibet, Yunnan-Tibet, dan Qinghai-Tibet sentiasa penuh dengan kesesakan lalu lintas daripada para pelancong yang sama ada berjalan kaki, menunggang mahupun memandu, dan mereka yang mempunyai pelbagai impian biasanya tidak takut berdepan kesukaran untuk memulakan perjalanan ke Tibet.
Bandar Lulang yang terletak di Nyingchi, Tibet, juga dikenali sebagai “Switzerland Timur”. Bandar itu mempunyai iklim panas dan separa lembap yang unik di dataran tinggi. Seperti bahagian di Daerah Bomi, Daerah Mo dan Daerah Chayu, ia juga digelar sebagai “Jiangnan Tibet”. Semasa musim pelancongan kemuncak, para pelancong dari seluruh pelusuk China juga luar negara akan datang ke Lulang.
Dilaporkan lelaki itu mendapat idea untuk “menyendiri” pada suatu masa dan telah mengembara ke seluruh negara pada mulanya. Sejak tiba ke Nyingchi pada 2015, lelaki itu secara tidak sengaja telah menemui “tempat pengasingan” yang ideal di Xixingla, sebuah lokasi di pedalaman Yarlung Zangbo Grand Canyon.
Memandangkan Xixingla adalah tanah tanpa hak milik yang tidak berpenghuni dan tidak boleh diakses sepanjang tahun, lelaki ini telah mewujudkan persekitaran hanya untuk kehidupan secara asas buat dirinya sendiri.
Lelaki itu mula selesa menggunakan sumber bahan tempatan untuk membina rumah kayu dan menebus guna tanah terbiar bagi tujuan menanam tanaman untuk menyelesaikan masalah pemakanannya. Sekali-sekala dia akan keluar yang biasa hanya dua kali dalam setahun, kerana tempat itu amat terpencil dari dunia luar.
Polis kemudian mengekori lelaki itu ke tempat pengasingannya, yang kemudiannya mereka mendakwa lelaki itu memasuki kawasan hutan “larangan” dan melakukan beberapa siri “tingkah laku berbahaya” seperti “menebang pokok dan menggunakan api di alam semula jadi yang boleh mengganggu”.
Sebagai “pertimbangan langkah keselamatan”, lelaki itu telah diarahkan menjalani ujian COVID-19 yang mana kemudian telah dipujuk untuk kembali ke tempat asalnya.
Tindakan polis telah menimbulkan banyak kritikan dan keraguan wargamaya apabila mereka mempersoalkan:
“Bukankah ini tempat tinggal yang baik? Sudah 6 tahun, mengapa anda perlu menghalau orang?”
“Adakah anda perlu memujuk mereka untuk kembali?”
“Apa yang bagusnya kembali ke pangkuan masyarakat, terdapat virus di mana-mana!”
“Seseorang yang tinggal sendirian di alam semula jadi selama 6 tahun tidak akan mati kelaparan, dan jika seseorang pergi ke metropolis yang sibuk dan tinggal dalam pengasingan selama 6 tahun, adakah dia masih boleh bertahan dengan sendiri?”
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: