31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiLukisan kanak-kanak autisme hiasi angpau khas Tahun Baru Cina YB Segambut, Hannah...

Lukisan kanak-kanak autisme hiasi angpau khas Tahun Baru Cina YB Segambut, Hannah Yeoh

Perayaan Tahun Baru Cina sudah semakin hampir dan tentulah mereka yang bakal menyambutnya sedang sibuk membuat persiapan.

Antara yang penting adalah pemberian angpau dalam kalangan masyarakat Cina, yang masih lagi diamalkan sehinggalah sekarang.

Buat Ahli Parlimen Segambut, sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan cetakan angpau istimewa dan ekslusif bertemakan ‘The Tiger and The Tree’.

Menerusi akaun Facebooknya, Hannah menjelaskan bahawa beliau mahukan cetakan angpau yang istimewa daripada lukisan kanak-kanak sempena perayaan berkenaan.

Beliau berkongsi bahawa pejabatnya akan memberikan angpau yang comel, di mana lukisan itu dilukis oleh seorang budak autisme berusia 12 tahun bernama Azizy.

Kata Hannah, hasil rekaan ilustrasi berkenaan mempunyai nilai sentimental kerana dihasilkan oleh kanak-kanak penghidap autisme.

Sewaktu Hannah melihat hasil lukisan Azizy, dia terus meminta budak itu melukis gambar harimau kerana mahu menggunakannya untuk hiasan angpau Tahun Baru Cina.

Difahamkan bahawa Azizy telah menghasilkan beberapa jenis lukisan namun kanak-kanak berkenaan berasa tidak puas hati dengan lukisan pertamanya.

Untuk lukisan kedua, kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja menggunakan warna biru untuk mewarnakan lukisan harimau, lantas lukisan itu dibuang.

Hannah walau bagaimanapun tertarik dengan versi kedua selepas lukisan berkenaan dan dengan sedikit bantuan, lukisan itu dapat ‘diselamatkan’ dan diindahkan.

“Terima kasih Azizy atas usaha, kebolehan dan kepantasan awak melukis harimau untuk kami”.

“Lukisan pokok itu mengingatkan saya untuk setiasa memuliharanya dengan baik demi menjaga habitat harimau di negara kita”, tulis Hannah di Facebooknya.

Lukisan itu difahamkan bukan sahaja digunakan untuk cetakan pada angpau, bahkan ia turut digunakan pada semua sepanduk di sekitar Segambut.

Sungguhpun begitu, angpau tersebut bukan untuk dijual. Namun penduduk Segambut boleh mendapatkannya di pejabat Hannah, yang beralamat di :

LG-09A, Level LG, United Point, 10 Jalan Lang Emas (hari Isnin hingga Jumaat) bermula jam 10 pagi hinggalah jam 5 petang.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI