30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupSampai terduduk susah hendak bangun, isu murid berbeban bawa beg sekolah berat...

Sampai terduduk susah hendak bangun, isu murid berbeban bawa beg sekolah berat masih belum selesai

Ketika sesi persekolahan 2022 bermula setelah sekian lama menjalani sistem pembelajaran PdPR, nampaknya kehidupan pelajar terutama murid sekolah rendah berterusan terbeban. 

Terbeban kerana membawa lambakan buku teks di dalam beg sekolah yang nampaknya lebih berat daripada berat badan mereka.

Facebook

Jika sebelum ini tular perkongsian seorang ibu yang memuat naik video anaknya terpaksa mengangkut beg sekolah berat ke tingkat atas sekolah, pada kali ini seorang pengguna Facebook dan TikTok memaparkan video yang lebih kurang sama.

Tulis pengguna Facebook dikenali Halimi Halil yang berkongsi video dari TikTok, “Sudah melangkaui tahun 2020, masalah sejak zaman mak bapak sekarang sekolah rendah 80-an dulu tidak selesai-selesai lagi.”

Facebook

Video itu memaparkan kesukaran seorang murid sekolah rendah berbadan kecil yang sedang menuju ke pekarangan sekolah dalam keadaan agak terbeban untuk menggalas beg sekolahnya yang nampaknya begitu berat.

Facebook

Sehinggakan dia terduduk beberapa kali di tepi jalan kerana gagal mengangkat begnya.

Facebook

Sambil berdiri memandang orang ramai yang memerhatikannya dengan wajah simpati, anak kecil ini kelihatan mengeluh beberapa kali kerana dia tidak berdaya membawa beg sekolahnya sendiri.

Facebook

Selepas beberapa kali cubaan untuk menggalas beg itu tetapi terus gagal, murid ini membuat keputusan untuk mengheretnya sahaja menuju ke sekolah.

Facebook

Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki dari seberang jalan yang datang membantunya untuk menggalas beg sekolah itu di atas bahunya dan syukur baru dia boleh berjalan sambil membongkok memikul bebanan berat itu.

Facebook

Kalau diikutkan hari-hari begini, mahu boleh rosak tulang belakang anak-anak kita kerana kerap sangat memikul bebanan berat.

Facebook

Simpati dengan nasib anak kecil ini, Halimi menambah dalam muat naik video perkongsian TikTok itu, “Buat subjek banyak-banyak supaya boleh buat duit dengan cetak buku banyak-banyak, anak-anak kita?”

Facebook

Perkongsian yang mendapat perhatian lebih 631,000 tontonan dan 8,900 warganet dengan komen bersimpati mereka:

Sambil ada yang memberikan cadangan:

Facebook
Facebook

Diharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil maklum dan boleh bertindak segera dalam menyelesaikan isu beg sekolah berat yang tidak berkesudahan ini.

Tonton video di sini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI