27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya HidupTiada cengkerang semula jadi untuk lindungi tubuh, ketam hermit kini boleh hidup...

Tiada cengkerang semula jadi untuk lindungi tubuh, ketam hermit kini boleh hidup selesa dengan gunakan cengkerang yang diperbuat daripada kaca

Berapa ramai antara anda yang pernah dengar tentang ketam hermit? Bagi yang tidak tahu ketam jenis ini adalah sangat berbeza dengan ketam-ketam lain. Hal ini kerana abdomen ketam hermit tidak dilitupi rangka luar yang keras seperti ketam lain sebaliknya abdomen mereka adalah nipis dan lembut. Oleh kerana itulah ketam ini memerlukan cengkerang haiwan lain untuknya melindungi diri. Jadi mereka akan mendapatkan cengkerang terbengkalai untuk dijadikan rumah mereka.

Namun begitu, sebenarnya tidak mudah untuk ketam hermit mendapatkan cengkerang yang sesuai. Jika mereka menggunakan cengkerang yang kecil, mereka berhadapan dengan risiko seperti kematian, kemerosotan kadar pertumbuhan dan bagi ketam hermit betina pula, kesuburan mereka boleh terbantut. Dalam masa yang sama cengkerang yang besar belum tentu sesuai kerana ketam hermit adakalanya tidak mampu untuk membawa cengkerang yang berat.

Jadi, untuk membantu bagi menangani isu ini seorang artis yang juga merupkan pengukir mahir, Robert DuGrenier telah muncul dengan idea untuk mencipta cengkerang yang sesuai untuk ketam hermit. Cengkerang tersebut diperbuat daripada kaca dan apa yang paling menarik dengan adanya cengkerang buatan tersebut membolehkan ketam hermit hidup sehingga 15 tahun lamanya!

Apa yang dilakukan oleh DuGrenier ialah dengan meniru bentuk dalaman cengkerang semula jadi agar cengkerang kaca yang diciptanya itu membolehkan ketam hermit untuk tinggal didalamnya. Dia juga memastikan cengkerang kaca yang diciptanya itu tidak mendatangkan bahaya kepada ketam hermit. Hasilnya, lihat sendiri dalam video di bawah. Memang mengagumkan!

Walaupun abdomen ketam hermit berbentuk melengkung tetapi tetap boleh masuk ke dalam cengkerang kaca tersebut dengan sempurna. Ketam tersebut bukan sahaja mendapatkan cengkerang yang sesuai buatnya malah kini berada dalam keadaan lebih selamat kerana memiliki ‘rumah’ yang boleh dibawa ke mana-mana. Apa yang lebih penting saiz cengkerang kaca tersebut memang sesuai dengan saiz tubuhnya yang bukan sahaja membolehkan dia berjalan malah boleh memberikan keselesaan untuk tinggal di dalamnya.

Sebenarnya sudah lebih 20 tahun DuGrenier mencipta cengkerang kaca dalam pelbagai saiz. Pelanggan juga boleh membuat permintaan saiz dan kuantiti cengkerang kaca yang mereka mahukan mengikut kesesuaian ketam hermit yang mereka pelihara. DuGrenier berazam untuk terus memperbaiki kualiti cengkerang kaca dan berharap agar cengkerang kaca menjadi alat pendidikan untuk orang ramai melihat sendiri keadaan di dalam cengkerang ketam hermit.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI