Kebolehan memainkan peralatan muzik serta menyanyi adalah satu bakat yang dikurniakan Ilahi dan ternyata bukan semua bertuah memilikinya.
Oleh itu, bakat disertakan dengan minat adalah satu gabungan mantap untuk seseorang khasnya buat guru yang mengajar mata pelajaran muzik.
Foto hiasan/Pixabay
Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok yang memaparkan alunan gitar dengan suara nyanyian seorang guru wanita yang cukup merdu.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun @siana041 di laman TikTok, dipercayai akaun pelajar sekolah terbabit.
Melihat kepada keadaan kelas tersebut yang lengkap dengan foto para pemimpin, video ini dipercayai dirakamkan di sebuah sekolah di Indonesia.
Video terbabit kemudian telah dikongsikan di laman Facebook, yang rata-ratanya mengundang komen lucu daripada pengguna, antaranya :
ERA (Malaysia)/Facebook
Muzik dan nyanyian di sekolah ternyata mampu meningkatkan pelbagai aspek perkembangan, fokus dan kemahiran para pelajar.
Melalui muzik dan nyanyian sebegini juga, tingkahlaku positif dalam kalangan generasi muda dapat dipupuk sebenarnya.
Jadi, tidak ada istilah rugi belajar muzik bukan?
Anda dengarkanlah sendiri di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: