27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupSeorang ibu dari Carolina Utara selamat melahirkan bayi yang ke-16 dengan kesemua...

Seorang ibu dari Carolina Utara selamat melahirkan bayi yang ke-16 dengan kesemua nama anak bermula huruf ‘C’

Seorang ibu kepada 15 orang anak telah selamat melahirkan bayinya yang ke-16, dan kesemua anaknya mempunyai nama bermula dengan huruf ‘C’. Katanya ia berdasarkan nama suaminya, yang juga bermula dengan huruf sama.

Patty Hernandez, 39 tahun dari Charlotte, Carolina Utara, Amerika Syarikat meneruskan tradisi keluarganya yang unik dengan menamakan bayinya Clayton.

Patty menamakan kesemua 16 anaknya dengan huruf pertama yang sama sebagai penghormatan kepada bapa mereka yang berusia 38 tahun, Carlos.

The Mirror

Tetapi Patty mendedahkan dia dan suaminya telah bergelut dan pening kepala untuk memikirkan nama baru bermula ‘C’ sebelum anak lelaki terakhir mereka dilahirkan.

“Kami tidak dapat mencari nama yang betul tetapi kemudian ‘Clayton’ muncul dalam kepala saya,” katanya kepada The Mirror.

“Semua anak-anak kami mempunyai nama yang bermula dengan huruf ‘C’ dan kami mahu mengekalkan nama mereka seperti itu. Suami saya dipanggil Carlos … itu satu penghormatan kepadanya,” jelas Patty.

The Mirror

Ibu hebat ini berkata kehamilan terakhirnya adalah yang paling sukar, walaupun dia masih tidak kisah untuk mempunyai lebih ramai anak.

Patty yang menjalankan syarikat pembersihannya sendiri, berkata dia merasakan keluarga besarnya adalah “hadiah” dari Tuhan.

“Tuhan telah memberkati kami dengan semua anak-anak ini, saya tahu sesetengah orang tidak bersetuju dan ada memberi komen yang tidak baik, tetapi bagi kami, ia adalah satu rahmat yang besar,” tambahnya.

Tangkap Skrin / YouTube

“Saya tidak pernah terfikir akan mempunyai keluarga besar sehinggalah saya mula melahirkan anak. Kemudian saya fikir ‘ini bagus, kenapa tidak?’ Ia sungguh menyeronokkan.”

“Jika Tuhan mahu kami mempunyai lebih ramai anak, kami akan mempunyai lebih ramai anak,” kata Patty dengan ceria.

Carlos berada di sisi isterinya pada 5 Mei 2020 ketika Clayton dilahirkan, bayi sihat yang mempunyai berat 3.6 kilogram.

Patty hamil pada tempoh 40 minggu ketika bersalin – kehamilannya yang paling lama.

The Mirror

Patty berkata, kebanyakan jururawat di hospital mengenalinya apabila dia dimasukkan ke wad bersalin.

“Mereka seperti, ‘Anda berada di sini tahun lepas, kami berjumpa anda setiap tahun’,” katanya.

Patty dan suaminya membelanjakan kira-kira AS$13 juta (RM55 juta) setahun untuk makanan anak-anak mereka yang dibeli setiap dua minggu, tetapi menegaskan mereka tidak menerima bantuan kerajaan.

The Mirror

Pasangan itu memperoleh pendapatan lumayan dan mencukupi daripada perniagaan pembersihan mereka untuk membayar bil, dan mereka berharap anak sulung mereka Carlos Jr. yang berusia 13 tahun akan segera dapat membantu dan menyertai syarikat keluarga itu.

Pasangan itu, yang tidak pernah menggunakan pencegahan kehamilan, juga mempunyai tiga pasangan kembar, Carla dan Caitlyn, 10 tahun, Calvin dan Catherine, 6 tahun, juga Caleb dan Caroline, 3 tahun.

The Mirror

Anak-anak yang lain iaitu Christopher, 11, Cristian, 9, Celeste, 8, Cristina, 7, Carol, 4, Camilla, 2, Charlotte dan Crystal, 1 tahun.

Rezeki besar yang tidak semua orang boleh dapat. Lebih ramai, lebih meriah bukan? Pasti tersenyum sahaja hari-hari jika mempunyai anak yang ramai.

Tonton video di bawah:

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI