31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaImbasan COVID-19 2021: 200 juta vaksinasi dengan 450,000 kematian di Amerika Syarikat

Imbasan COVID-19 2021: 200 juta vaksinasi dengan 450,000 kematian di Amerika Syarikat

Dengan peralihan kalendar tahun baharu 2022, 2021 menjadi tahun kedua yang ditakrifkan sebagai tahun pandemik virus PKC (Parti Komunis China) dan tindak balas global terhadapnya. Berbanding 2020, tahun lalu lebih membawa maut, termasuk lebih merumitkan. Isu seperti varian virus, penentangan terhadap vaksin juga keberkesanan vaksin itu sendiri telah menjadi perhatian utama.

Vaksinasi mandatori beralih daripada “teori konspirasi” kepada polisi rasmi pentadbiran Amerika Syarikat dalam beberapa bulan. Pertarungan undang-undang yang semakin menonjol adalah mengenai sekatan kerajaan ke atas populasi, dengan pendekatan yang diambil oleh negeri-negeri yang berbeza menjadi semakin terpesong.

Walaupun 2021 bermula dengan gelombang besar kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19, terdapat juga jangkaan pandemik akan berakhir tidak lama lagi atau sekurang-kurangnya hilang berada di latar belakang. Vaksinasi telah diwartakan sebagai tiket ke arah keadaan normal, dan pada mulanya, ia kelihatan seperti itu. Menjelang pertengahan Jun, kira-kira 180 juta rakyat Amerika Syarikat telah menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada salah satu vaksin yang diluluskan malah negeri dengan pendekatan paling autoritarian, seperti New York, telah menarik balik kebanyakan sekatan mereka.

Warga Seattle mendapatkan vaksinasi Pfizer di Lumen Field Event Center di Seattle, Washington pada 13 Mac 2021. (Gambar oleh Jason Redmon/AFP/Getty Images)

Delta

Walau bagaimanapun, tempoh itu adalah singkat. Pada bulan Julai, jangkitan mula meningkat semula. Virus PKC bermutasi kepada varian baharu, digelar Delta, yang kelihatan kurang membawa maut, tetapi lebih menular. Penyerapan vaksin menjadi perlahan, dan Delta kelihatan lebih bertahan menentang ke atasnya. Penyelesaian yang dikemukakan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengambil satu lagi dos vaksin— yang dikenali sebagai “penggalak”.

Virus itu juga menunjukkan tanda-tanda bermusim. Pada musim sejuk, ia melanda Timur Laut, tetapi tidak begitu banyak di Selatan. Menjelang musim panas, keadaan seolah-olah berubah.

Pada bulan Ogos, Presiden Joe Biden, yang pada masa itu dibelenggu dengan apa yang dilihat secara meluas sebagai penarikan diri yang gagal dari Afghanistan, mengumumkan peralihan polisi utama—vaksinasi secara mandatori untuk pekerja kerajaan, kontraktor, dan juga majikan swasta yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja. Hanya beberapa bulan sebelum ini, pentadbiran Biden telah menolak idea mandat vaksin. Sebarang cadangan bahawa kerajaan mungkin memaksa orang ramai untuk mengambil vaksin baru, yang masih dalam proses ujian klinikal jangka masa panjang, malah diperlekeh oleh sesetengah pihak sebagai “teori konspirasi.”

Tidak lama selepas pengumuman Biden, beberapa negeri dan kawasan Demokrat diikuti dengan pelbagai mandat mereka sendiri, dengan New York menerajui usaha itu. Sedikit demi sedikit, New York telah mewajibkan vaksin kepada pekerja kerajaan, kakitangan sekolah swasta, kebanyakan pekerja pertubuhan dalaman, dan juga pelanggan gim, tempat hiburan dan restoran. Untuk menonton filem, bersenam atau makan di restoran, warga New York kini mesti menunjukkan bukti vaksinasi “lengkap”, yang pada masa ini tidak termasuk penggalak, berserta gambar kad pengenalan. Datuk Bandar Bill de Blasio juga menambah mandat vaksin untuk semua majikan swasta serta negeri mewajibkan vaksin untuk semua pekerja penjagaan kesihatan.

Cabaran undang-undang terhadap mandat adalah dengan pelbagai kegagalan dan separa kemenangan. Sering kali, mahkamah akan menyekat mandat hanya untuk kemudian membenarkannya berkuat kuasa. Cabaran terhadap mandat vaksin Biden untuk majikan swasta dan satu lagi untuk pekerja penjagaan kesihatan di fasiliti yang menerima pembiayaan Medicaid dan Medicare yang dijangka didengar oleh Mahkamah Agung pada 7 Januari.

Satu lagi fenomena yang dikaitkan dengan Delta ialah peningkatan penyakit teruk dan juga kematian di kalangan kanak-kanak. Walaupun pada 2020, kira-kira 0.05 peratus daripada semua kematian COVID-19 adalah dalam kalangan kanak-kanak, jumlah itu meningkat kepada 0.1 peratus pada 2021, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, yang menjadikan jumlah keseluruhan 678 kematian yang dikaitkan dengan COVID-19. Sebagai perbandingan, agensi itu merekodkan 358 kematian kanak-kanak semasa wabak selesema 2009–2010.

Omicron

Dengan kehadiran musim sejuk semakin hampir, kira-kira 50 juta rakyat Amerika Syarikat mendapat suntikan dos penggalak. Jika itu memberi mereka rasa selamat, walau bagaimanapun, ia tidak bertahan lama. Dari Afrika Selatan muncul varian baharu yang mampu tersebar lebih meluas, dinamakan Omicron. Terdapat tanda-tanda bahawa vaksin dan, pada tahap yang lebih rendah, imuniti semula jadi yang diperolehi melalui jangkitan sebelumnya hanya memberikan ketahanan terhad kepada Omicron. Sebaliknya, varian itu nampaknya lebih menular, tetapi sekali lagi, kurang membawa maut daripada Delta, dengan laporan simptom yang lebih ringan dan kematian yang jauh lebih sedikit di seluruh dunia.

CDC Amerika Syarikat menganggarkan Omicron merangkumi kira-kira separuh daripada jangkitan COVID-19 pada minggu yang berakhir pada 25 Disember 2021. Namun, itu adalah unjuran model, kerana data dari sistem pengawasan variannya ketinggalan kira-kira tiga minggu.

Omicron atau tidak, kemasukan ke hospital yang dikaitkan dengan COVID-19 telah melonjak di Timur Laut. Gabenor New York, Kathy Hochul memberi tindak balas dengan sekali lagi mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di dalam bangunan, tanpa mengira status vaksinasi.

Negeri-negeri pimpinan Republikan secara amnya pergi ke arah bertentangan, bukan sahaja menahan diri daripada mandat, malah kadang-kadang mengharamkannya. Florida bertindak setakat melarang kerajaan tempatan dan sekolah daerah daripada mengenakan mandat pelitup muka dan vaksin kepada kakitangan atau di fasiliti mereka. Negeri itu, yang diketuai oleh Gabenor Republikan Ron DeSantis, juga menyekat perniagaan swasta daripada mengenakan keperluan vaksin dengan mengeluarkan beberapa pengecualian, termasuk untuk kebimbangan kesihatan dan jangkitan sebelumnya.

Badan Perundangan Florida malah memberi kuasa kepada negeri itu untuk mengabaikan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) persekutuan dan mewujudkan agensinya sendiri untuk mendahului mandat vaksin Biden, yang harus dikuatkuasakan oleh OSHA.

Gambar Hiasan oleh Micheal Marais / Unsplash

Perang maklumat

Tahun lalu juga menandakan beberapa pendedahan mengenai apa yang kelihatan sebagai kekurangan kejujuran oleh beberapa pakar dan pegawai kesihatan awam.

Satu siri dokumen yang dikeluarkan di bawah permintaan Akta Kebebasan Maklumat menunjukkan bahawa sekumpulan pakar, termasuk ketua Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan penasihat perubatan Rumah Putih Dr. Anthony Fauci, menyelaraskan usaha untuk memburukkan teori bahawa virus itu pada asalnya bocor dari makmal di Wuhan, China. Bukti, yang pada hakikat nampaknya condong ke arah itu. Tetapi Dr. Fauci mempunyai kepentingan peribadi dalam menyembunyikan tanda-tanda tersebut, kerana mereka terlibat dalam pembiayaan atau menjalankan eksperimen “gain-of-function” berbahaya dengan coronavirus di Institut Virologi Wuhan. Dr. Fauci secara jelas menafikan kepada Kongres bahawa Institut Kesihatan Nasional membiayai penyelidikan sedemikian, hanya untuk timbunan bukti yang semakin meningkat untuk menunjukkan sebaliknya.

Maklumat tarik tali berkisar terapeutik berpotensi terus berkembang pada tahun lalu. Sebagai tambahan kepada hydroxychloroquine, beberapa doktor juga mencuba preskripsi luar label ubat anti-parasit ivermectin. Dalam satu episod podcast, hos Joe Rogan dipuji dan difitnah kerana mengambil ivermectin apabila mengumumkan bahawa beliau diuji positif untuk virus itu. Joe kemudian menjemput Sanja Gupta dari CNN dalam rancangannya dan mengkritik penyiaran itu kerana mendakwa beliau mengambil “ubat cacing kuda,” sedangkan, sebenarnya, beliau telah mengambil formulasi untuk manusia bagi ubat itu seperti yang dipreskripsi oleh doktornya.

Keputusan kajian ke atas kedua-dua hydroxychloroquine dan ivermectin kekal bercampur-campur, kerana hanya beberapa sahaja yang menunjukkan hasil yang lebih baik kepada pesakit dalam keadaan tertentu.

Perbualan mengenai keselamatan vaksin juga telah berubah. Selepas tuntutan awal menunjukkan tiada kesan sampingan yang serius, pihak berkuasa telah beransur-ansur beralih ke arah mengakui bahawa beberapa kesan sampingan yang serius, seperti miokarditis ada berlaku.

Pentadbiran Biden

Pengendalian pentadbiran Presiden Joe Biden terhadap pandemik agak bercampur-campur. Pentadbirannya berjaya melancarkan program vaksinasi yang lancar, tetapi selepas gelombang awal, pengambilan menjadi perlahan. Gallup melaporkan pada bulan November, peratusan orang dewasa yang sedang atau merancang untuk mendapatkan vaksinasi meningkat kepada 80 peratus. Menjelang 30 Disember, lebih 205 juta orang telah divaksinasi “lengkap”, yang bermakna dua suntikan vaksin Moderna atau Pfizer yang lengkap atau satu suntikan vaksin Johnson & Johnson. Lebih daripada 68 juta mendapat dos penggalak juga.

Tinjauan bulan Disember oleh Trafalgar Group mendapati majoriti besar pengundi Amerika Syarikat yang berkemungkinan menentang mandat vaksin dan sekatan baharu, tanpa mengira varian baharu (pdf).

Selepas berbulan-bulan berjanji untuk menangani pandemik, Presiden Biden baru-baru ini mengakui bahawa “tiada penyelesaian persekutuan” untuknya. Tahun lalu berakhir dengan lebih 450,000 kematian disebabkan oleh COVID-19 dan lebih 33 juta jangkitan dikesan. Bermakna ia telah meningkat kepada 27 peratus dan 67 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI