33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaIkrar ‘#NotFromChina’: Kumpulan hak asasi desak henti industri penuaian organ berbilion ringgit...

Ikrar ‘#NotFromChina’: Kumpulan hak asasi desak henti industri penuaian organ berbilion ringgit oleh rejim PKC

Kumpulan hak asasi manusia melancarkan kempen ikrar ‘#NotFromChina’ dalam usaha untuk menamatkan pembunuhan berskala industri di China terhadap tahanan kerohanian untuk organ mereka.

Kempen itu, yang bermula pada 8 Disember 2021, melibatkan komitmen peribadi untuk tidak menerima pemindahan organ dari China sekiranya seseorang itu jatuh sakit, bagi mengelak secara tidak sengaja membantu amalan buruk dan kejam penuaian organ oleh rejim PKC.

“Adalah menjadi satu tindakan keji pada hari ini dalam abad ke-21, individu yang tidak bersalah, termasuk tahanan kerohanian, dibunuh untuk menuai organ mereka bagi tujuan keuntungan,” kata Andrew Bremberg, presiden Victims of Communism Memorial Foundation (VOC), sebuah syarikat kumpulan advokasi yang berpangkalan di Washington. 

Pengamal Falun Gong mengambil bahagian dalam perarakan 22 tahun memperingati penganiayaan Falun Gong di China, di Brooklyn, New York pada 18 Julai 2021 (Gambar oleh Chung I Ho/The Epoch Times)

Rayuan itu adalah tajaan bersama oleh VOC, dan dua badan bukan keuntungan lain, International Coalition to End Transplant Abuse in China (ETAC) dan China Aid. Ikrar boleh dibuat di laman web ETAC, dan kad “I took the pledge” (Saya telah berikrar) secara peribadi boleh dikongsi di media sosial.

Kumpulan hak asasi manusia telah menyeru kepada orang ramai supaya mengambil ikrar itu bagi “membantu menamatkan industri pembunuhan untuk organ bernilai berbilion ringgit oleh China.”

Pada 2019, Tribunal China, sebuah tribunal rakyat bebas, memutuskan bahawa rejim China telah melakukan pengambilan organ secara paksa daripada tahanan kerohanian selama bertahun-tahun, dan pada skala yang besar.

Penghakiman akhir tribunal (pdf) menyatakan bahawa adalah “pasti” organ-organ itu diperoleh daripada penganut Falun Gong yang dipenjarakan dan mereka “mungkin sumber yang utama”. Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa, adalah amalan kerohanian yang mana pengamalnya telah dianiaya secara sistematik oleh Parti Komunis China sejak 1999.

Bukti yang meningkat juga mencadangkan bahawa etnik Uyghur dan minoriti lain yang teraniaya di barat laut China juga menjadi mangsa penuaian organ, bersama-sama penganut Buddha Tibet dan penganut Kristian, menurut laman web kempen itu.

Pengambilan organ adalah perniagaan yang menguntungkan buat PKC. Semasa perbicaraan pada 29 November di hadapan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia Parlimen Eropah, Sir Geoffrey Nice yang mempengerusikan Tribunal China, berkata rejim China boleh memperoleh sehingga setengah juta dolar daripada setiap mayat mangsa.

Pakar menganggarkan antara 60,000 hingga 100,000 pemindahan organ dilakukan di China setiap tahun, jauh melebihi angka rasmi yang dikeluarkan rejim iaitu 10,000. Organ untuk pemindahan tambahan tersebut kebanyakannya diperoleh daripada tahanan kerohanian, kata mereka.

PKC telah berulang kali menafikan amalan ini.

Demonstrasi penuaian organ oleh pengamal Falun Gong dalam protes di Washington ketika pemimpin China Hu Jintao mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat pada 19 April 2006. (Gambar oleh JIM WATSON/AFP/Getty Images)

“Dunia bebas tidak boleh berdiam diri kerana Parti Komunis China terus berbohong mengenai amalan yang meluas di China ini dilakukan secara terang-terangan. Kami menyeru semua orang berganding bahu untuk secara peribadi komited untuk menamatkan amalan ngeri ini serta kekal komited untuk tidak menerima pemindahan organ dari China,” seru Bremberg.

Pada bulan Jun, beberapa pakar hak asasi manusia telah bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menyatakan kebimbangan terhadap apa yang mereka katakan sebagai dakwaan yang boleh dipercayai mengenai pengambilan organ secara paksa di tangan rejim komunis China, dengan menyasarkan pengamal kerohanian Falun Gong, Uyghur, Tibet, Muslim dan Kristian yang ditahan dalam kem tahanan. Pakar itu termasuk pelapor khas kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia dan ahli kumpulan kerja penahanan sewenang-wenangnya.

Kempen ikrar itu mendapat inspirasi daripada Forum Kebebasan Beragama Antarabangsa Taiwan pada tahun 2019, apabila China Aid menganjurkan forum yang mengumpulkan 70 ahli politik, aktivis dan pemimpin agama bagi menandatangani ikrar untuk tidak menerima pemindahan organ dari China.

“Ia adalah ajaib di Taiwan apabila kita semua telah berikrar,” kata Bob Fu, presiden China Aid.

“Saya sangat gembira kerana inisiatif ini kini menjadi global kerana ia akan mengukuhkan gerakan kita dengan berupaya menghantar mesej yang jelas kepada China bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan jenayah ini lagi,” tegas Bob Fu.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI