31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupEmosi tidak menentu ketika hamil, bakal ibu menangis teresak-esak kerana lapar dan...

Emosi tidak menentu ketika hamil, bakal ibu menangis teresak-esak kerana lapar dan mahukan sarapan pagi

Ramai yang bersetuju jika dikatakan golongan wanita kadangkala memiliki emosi yang tidak menentu. Mereka boleh gembira dalam beberapa minit tetapi dalam sekelip mata emosi mereka boleh berubah. Ada pula yang boleh menangis secara tiba-tiba dan apabila ditanya sebabnya mereka sendiri tidak pasti. Memeningkan bukan?

Itu belum masuk bab wanita hamil yang sememangnya punya ‘mood’ yang pelbagai. Dalam seminit mereka boleh marah, ketawa, terharu sehingga boleh menangis. Kadangkala alasan dan sebab yang diberikan kedengaran tidak masuk akal bagi manusia ‘normal’ yang lain tetapi bagi mereka emosi tidak menentu terkadang memang sukar dikawal.

Hal itu terbukti apabila seorang wanita hamil, Madi Drew Clay, memuat naik videonya menangis di TikTok sehingga menerima perhatian ramai. Hanya kerana satu tin kacang panggang video lucunya telah membuatkan ramai yang tergelak.

Dalam video tersebut Madi yang ketika itu hamil 9 bulan dalam keadaan sebak menceritakan bahawa dia baru sahaja bangun tidur dan berasa sangat lapar sehingga merasa mual. Dia kemudian meminta suaminya, Jaylan, untuk membeli sesuatu untuk makanan di stesen minyak.

Namun begitu, tiada makanan yang ada di stesen minyak tersebut, dan apa yang ada hanyalah Beanie Weenies. Jaylan kemudian menghubungi isterinya untuk memberitahu perkara tersebut dan memikirkan makanan yang dimaksudkan oleh suaminya ialah sejenis minuman koktel, Madi terus bersetuju. Tambahan lagi, dia sedang berada dalam keadaan sangat lapar sehingga termuntah, jadi sekurang-kurangnya dia ada makanan untuk sarapan pagi itu.

Dia kemudian duduk di sofa untuk menunggu kepulangan suaminya bersama makanan yang dipesan. Namun, apabila suaminya pulang dia memberikan satu tin kacang panggang. Bakal ibu itu kemudian mula menangis dengan lebih teruk.

Suaminya kemudia menunjukkan Beanie Weenies yang dimaksudkan iaitu sejenis kacang panggang di dalam tin. Hal itu membuatkan tangisan Madi menjadi semakin kuat.

Dia kemudian menjerit sambil menangis dengan mengatakan “mengapa saya mahukan kacang panggang untuk sarapan pagi?”.

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 10 juta kali dan menerima lebih daripada 40,000 komen netizen. Ada antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka dan makanan ketika hamil.

“Saya menangis seperti ini semasa saya hamil, semuanya kerana mesin aiskrim McDonald’s rosak,” kongsi seorang pengguna TikTok.

“Saya hamil tahun lepas, dan saya menangis kerana saya mengidam Subway tetapi ia ditutup. Saya menangis teruk ketika itu. Ia adalah kerana kehamilan, “tulis pengguna lain.

“Saya menangis kerana bawang yang ada dalam sandwic saya ketika saya hamil,” kongsi pengguna lain.

“Saya menangis kerana mi. Suami saya berjanji bahawa apabila saya pulang dari kerja, kami akan pergi mendapatkan mi. Tetapi apabila saya pulang ke rumah, dia sedang tidur,” tulis seorang pengguna.

Ada pula yang memberitahu bahawa dia menangis hanya kerana buah strawberinya kelihatan sedikit lain dan tidak sama seperti biasa.

Bermacam ragam dan pengalaman lucu dikongsikan orang ramai sehingga membuatkan kita yang membacanya turut tergelak sama. Walau apa-apa pun pengajaran paling besar ialah jangan main-main dengan perempuan yang lapar terutama mereka yang sedang hamil!

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI