31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024
UtamaBerita UtamaBayi enam bulan milik pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia dalam jagaan pengasuh...

Bayi enam bulan milik pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia dalam jagaan pengasuh di Singapura

SINGAPURA- Sepasang suami isteri warganegara Malaysia dilaporkan telah kematian bayi lelaki mereka selepas dia dihantar ke pengasuh di Sengkang, Singapura pada 28 Disember lalu.

Menurut agensi berita tempatan, Shin Min Daily News, bayi yang baru berusia enam bulan itu telah meninggal dunia akibat kegagalan pada jantung (cardiorespiratory failure).

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes kematian tersebut di Blok 158D Rivervale Crescent pada 6.25 petang pada 28 Disember 2021.

Bayi lelaki bernama Yong Jing Yu itu dikatakan dibawa ke Hospital Besar Sengkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital. Sehingga kini siasatan masih dijalankan.

Bapa bayi itu memberitahu Shin Min bahawa anaknya sentiasa sihat dan sedang membesar dengan baik.

Kedua-dua ibu bapa, Yong Zhen Cheng dan Du Jing Lei, merupakan warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang bekerja sebagai akauntan di bandar​ Singapura. Menurut China Press, Du ialah penduduk tetap Singapura.

Oleh kerana anak mereka bukan warganegara Singapura, jadi pasangan ini memerlukan SGD2,000 (kira-kira RM6,179) untuk menghantar bayi mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.

Memandangkan kos pusat jagaan yang tinggi, mereka memutuskan untuk menggunakan khidmat pengasuh yang ditemui melalui internet.

Wanita berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Liu itu dikatakan mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak dan hanya mengenakan bayaran sebanyak SGD900 (kira-kira RM2,779) kepada pasangan itu untuk menjaga Jing Yu.

Memandangkan pasangan itu memperoleh kira-kira SGD4,000 (kira-kira RM12,352) sebulan, mereka menganggap Liu adalah pilihan terbaik untuk mereka ketika itu.

Selain menjaga Jing Yu yang berusia enam bulan, Liu turut mengasuh dua lagi kanak-kanak, seorang berusia setahun dan sembilan bulan.

Bercakap kepada pemberita Liu berkata dia tidak menyangka menjaga tiga orang kanak-kanak akan menyebabkan dia terlalu sibuk.

Dia berkata dia telah menjaga Jing Yu selama empat bulan dan menyifatkan dia sebagai seorang yang mudah tidur dan mudah juga terjaga disebabkan oleh bunyi, lapor China Press.

Oleh itu, dia biasanya akan menidurkan Jing Yu di dalam bilik dengan pintu tertutup.

Pada hari kejadian, Jing Yu tertidur di atas katilnya berhampiran ruang tamu kira-kira jam 3 petang.

“Kira-kira jam 6.15 petang, ketika saya hendak memandikannya, saya menyedari dia berada dalam keadaan tertiarap dan separuh mukanya berwarna ungu,” kata pengasuh itu.

“Dia tidak bernafas lagi tetapi badannya menjadi kaku.”

Kerana takut dan keliru, Liu cuba membangunkan Jing Yu tetapi dia tidak bertindak balas. Dia segera menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya mengikut arahan (paramedik) untuk menekan dadanya dan mengurut perlahan belakangnya sehingga SCDF boleh tiba di tempat kejadian. Tetapi ia tidak berguna,”.

Yong memberitahu pemberita pada hari Isnin bahawa dia dan isterinya masih tidak tahu tentang apa yang berlaku kepada anak mereka walaupun sudah enam hari sejak dia meninggal dunia.

Sebelum kejadian, mereka terfikir untuk menukar pengasuh selepas Jing Yu berada di bawah jagaan Liu selama tiga bulan. Hal ini kerana Yong berkata dia pernah menemui kesan merah pada badan bayinya.

“Pada masa itu, saya fikir mungkin anak saya menggaru dirinya sendiri. Selepas beberapa kali disoal siasat, pengasuh memberitahu anak saya dicederakan oleh kanak-kanak lain yang ada di bawah jagaannya,” beritahu Yong.

Dia juga memberitahu bahawa anaknya pernah dicakar di dahinya. Sehari sebelum pemergiannya, dia juga telah dipukul di hidung dengan mainan oleh kanak-kanak lain sehingga mengalami kesan merah.

Du kemudian memberitahu bahawa pada mulanya di menyangka pengasuh tersebut baik-baik saja, tetapi selepas beberapa ketika dia melihat wanita itu menjadi semakin cuai. Suatu ketika, saya melihat dia berbual dengan sepasang ibu bapa sedangkan anak saya sedang menangis dalam pelukannya.”

“Apabila saya mengambil anak saya, badannya sangat panas. Saya pulang ke rumah dan mendapati suhu badannya ialah 39°C.”

Pengasuh itu menjelaskan, dia tidak menemani Jing Yu ke hospital pada hari kejadian kerana terpaksa menjaga dua orang kanak-kanak lain.

Dia juga berkata bahawa sebab dia masih belum menghubungi Yong dan Du kerana kes tersebut masih dalam siasatan dan polis memberitahunya untuk tidak berhubung dengan mereka.

“Saya tahu jika saya menghubungi mereka sekarang, saya akan mendengar kata-kata yang tidak menyenangkan dan saya boleh menerima semua itu,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sanggup untuk melutut meminta maaf kerana bayi tersebut meninggal di rumahnya. Dia walau bagaimanapun tidak pernah mahu kejadian seperti itu berlaku.

“Saya sayangkan kanak-kanak, sebab itulah saya menjadi seorang pengasuh. Saya tidak pernah mahu perkara seperti ini berlaku. Saya benar-benar sedih. Sekarang, kejadian ini telah menjadi pengalaman buat saya.”

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI