28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 15, 2024
UtamaKesihatanSela masa dos penggalak untuk Pfizer, Astrazeneca disingkatkan kepada 3 bulan

Sela masa dos penggalak untuk Pfizer, Astrazeneca disingkatkan kepada 3 bulan

Sela masa bagi dos penggalak vaksin COVID-19 untuk jenis Pfizer dan Astrazeneca telah disingkat daripada 6 bulan kepada 3 bulan, putus kerajaan baru-baru ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia melibatkan kedua-dua jenis vaksin tersebut memandangkan sela masa dos penggalak untuk Sinovac sudah ditetapkan 3 bulan.

Keputusan untuk menyingkatkan sela masa itu katanya adalah serupa dengan apa yang dilakukan oleh badan-badan regulatori di United Kingdom, Kanada dan Australia.

Tambahnya, kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19.

“Semua warga emas 60 tahun ke atas dan individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin (Pfizer, AZ dan CoronaVac) amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menerima vaksin primer”.

Ia meliputi individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berusia 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap, sekurang-kurangnya 3 bulan selepas menerima vaksin primer dengan mengikut turutan umur bermula 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas dan seterusnya 18 tahun ke atas.

Ujar Khairy, hasil dapatan kajian klinikan dan kajian Real World yang telah dijalankan menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 berkurangan dengan masa.

Malah data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti disebabkan vaksin atau jangkitan semula jadi.

“Selain itu, bukti kukuh yang telah terkumpul sejak 3 minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron”.

“Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan”, tambahnya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI