28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGaya HidupDiabetes Jenis 2: Lebih daripada satu diet mampu membantu penghidap mencapai peringkat...

Diabetes Jenis 2: Lebih daripada satu diet mampu membantu penghidap mencapai peringkat reda

Sehingga baru-baru ini, diabetes jenis 2 terutamanya diuruskan dengan mengawal faktor risiko iaitu seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan paras gula (glukosa) dalam darah – biasanya dengan preskripsi ubat-ubatan. Tetapi pendekatan ini tidak menangani punca asas diabetes jenis 2 – seperti masalah dengan hormon insulin yang tidak lagi berkesan mengawal gula dalam darah. 

Walaupun pengambilan ubat-ubatan boleh membantu menguruskan paras gula dalam darah, ia tidak akan membantu menghilangkan punca biologi di sebalik diabetes jenis 2.

Penyelidikan yang semakin meningkat menunjukkan menurunkan berat badan, sama ada melalui pembedahan atau diet, boleh membantu menangani beberapa punca utama diabetes jenis 2. Ia dilakukan dengan membantu tubuh badan mengawal paras gula dalam darah. Ini adalah penting kerana mengawal gula dalam darah dengan memperbaiki cara insulin dihasilkan dan berfungsi adalah kunci untuk membawa diabetes jenis 2 ke dalam peringkat kian reda.

Gambar Hiasan/ Pexels

Kebanyakan badan penyelidikan setakat ini telah melihat penggunaan makanan pengganti dapat membantu penghidap diabetes jenis 2, di mana sebab mengapa pendekatan ini mungkin dipreskripsi oleh doktor. Tetapi, baru-baru ini, para penyelidik telah mula menyiasat diet lain – seperti diet rendah karbohidrat – dalam mencapai peringkat reda. Walaupun penyelidikan dalam bidang ini masih dibangkitkan, hasil kajian setakat ini menunjukkan diet rendah karbohidrat adalah memberangsangkan.

Untuk lebih memahami diet mana yang terbaik bagi membantu orang ramai mencapai tahap keredaan diabetes jenis 2, ulasan terbaru mendapati lebih 90 kertas kerja yang menerangkan kesan pelbagai diet ke atas diabetes jenis 2. Didapati walaupun penyelidikan berkualiti dan lebih baik cenderung menumpukan kepada makanan pengganti yang digunakan dalam ujian klinikal, pendekatan lain (seperti diet rendah karbohidrat) juga menunjukkan yang ia berfungsi dengan baik.

Kajian penyelidik mendapati diet penggantian makanan membantu sekitar satu dalam tiga orang yang berjaya mencapai peringkat reda, manakala diet rendah karbohidrat dapat membantu sekitar satu dalam lima orang mencapai peringkat reda. Individu yang menurunkan berat badan dengan menggunakan kedua-dua kaedah diet ini dapat kekal dalam peringkat keredaan sehingga dua tahun jika mereka berdisiplin mengekalkan penurunan berat badan.

Diet rendah kalori dan diet Mediterranean juga dapat membantu penghidap mencapai peringkat reda – tetapi pada kadar yang jauh lebih rendah. Hanya kira-kira 5 peratus individu yang menjalani diet rendah kalori kekal dalam peringkat reda selepas satu tahun, manakala hanya 15 peratus individu yang menjalani diet Mediterranean kekal dalam tahap reda selepas setahun.

Makanan rendah karbohidrat dalam diet membantu penghidap diabetes jenis 2 mencapai peringkat reda (Gambar oleh MaraZe/Shutterstock)

Mentakrifkan peringkat reda atau “remission”.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi penyelidik ialah menentukan apa itu istilah perubatan “remission”. Mengetahui bagaimana cara mentakrifkannya adalah penting supaya penyelidik dapat memahami diet yang paling berkesan dalam membantu penghidap diabetes mencapai peringkat reda.

Sebab ini menjadi sukar oleh kerana definisi berbeza antara kumpulan pakar dan kajian penyelidikan yang berbeza. Kebanyakan mentakrifkan “remission” sebagai pengurangan paras gula dalam darah di bawah julat untuk diagnosis diabetes – tetapi beberapa definisi menyatakan ini perlu dilakukan tanpa penggunaan ubat-ubatan, manakala yang lain tidak. Takrif lain menyatakan berat badan (terutamanya lemak di sekitar bahagian tengah) mestilah hilang untuk mencapai peringkat reda. 

Cabaran lain yang dihadapi semasa mentakrifkan “remission” ialah beberapa laporan yang mencadangkan diet rendah karbohidrat boleh menormalkan paras gula dalam darah walaupun tanpa penurunan berat badan. Ini berlaku kerana apabila kita memakan karbohidrat, ia dipecahkan kepada gula yang menyebabkan paras gula dalam darah kita meningkat. Diet rendah karbohidrat bermakna kurangnya gula dalam darah yang muncul dalam aliran darah, membawa kepada kawalan gula dalam darah yang lebih baik.

Atas sebab itu, takrifan ‘remission’ atau peringkat reda menggunakan definisi dalam setiap kajian yang digunakan. Kemudian, membandingkannya dengan bilangan individu yang paras gula dalam darahnya menjadi normal tanpa mengambil ubat-ubatan selama dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan – yang kebanyakannya dianggap sebagai peringkat keredaan sebenar.

Mitigasi diabetes dan peringkat reda

Walaupun diet rendah karbohidrat membantu penghidap mencapai peringkat reda, terdapat kebimbangan bahawa paras gula dalam darah berpotensi meningkat semula sebaik sahaja lebih banyak karbohidrat dimakan. Itulah sebabnya dicadangkan dalam semakan bahawa daripada memanggilnya peringkat reda, ia mungkin perlu dipanggil “mitigasi diabetes”, kerana diabetes jenis 2 masih ada – tetapi kesan negatif sedang diurus dengan baik. Penyelidik berpendapat peringkat reda hanya boleh dicapai sekiranya lemak hilang pada sekitar organ. Ini membolehkan insulin dihasilkan dan digunakan semula secara efektif.

Tetapi oleh kerana karbohidrat juga merupakan sumber tenaga utama dalam diet kita, makan dengan kurang daripada ini selalunya mengakibatkan pengambilan kalori yang lebih sedikit – yang biasanya mengakibatkan penurunan berat badan. Jadi, jika seseorang dapat mengekalkan diet rendah karbohidrat dalam jangka masa panjang, mereka bukan sahaja akan mengurangkan paras gula dalam darah dan risiko komplikasi untuk diabetes, tetapi juga mungkin mencapai peringkat reda.

Tidak mengira apa pun, bukti yang didapati menjelaskan terdapat banyak cara seseorang boleh memperbaiki tahap gula dalam darah dengan ketara melalui diet – dan ini boleh membawa kepada peringkat reda dalam banyak kes. Perkara utama yang didapati bahawa setiap jenis diet ialah sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kilogram berat badan perlu diturunkan untuk mencapai peringkat reda.

Doktor memeriksa pesakit dengan berat badan berlebihan. (Gambar oleh Africa Studio/Shutterstock)

Walau bagaimanapun, sungguhpun penurunan berat badan nampaknya merupakan peramal terbaik kejayaan, anggapan biasa menjurus kehilangan lemak daripada pankreas dan hati. Kajian di masa hadapan adalah penting untuk membandingkan cara diet ini berfungsi untuk kumpulan etnik yang berbeza, kerana diabetes jenis 2 boleh berlaku kepada berat badan yang lebih rendah dalam kumpulan etnik yang berbeza, yang mungkin mempunyai berat badan yang kurang untuk diturunkan.

Tidak semua penghidap diabetes mungkin boleh mencapai peringkat reda, tetapi bagi mereka yang lebih muda (berusia kurang 50 tahun), lelaki, yang telah menghidap diabetes jenis 2 selama kurang daripada enam tahun dan menurunkan berat badan lebih berkemungkinan untuk berjaya. Ini mungkin kerana mereka ini dapat berpatah balik mencari punca diabetes mereka, yang memulihkan lebih banyak keupayaan pankreas untuk menghasilkan insulin dan keupayaan hati untuk menggunakannya. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang lain itu tidak akan berjaya sekiranya diet dan gaya hidup mereka telah diperbaiki, juga berat badan dapat diturunkan.

Sama ada seseorang itu mencapai peringkat semakin mereda atau tidak, mengurangkan paras gula dalam darah adalah penting dalam pengurusan kesan negatif diabetes jenis 2 dan pengurangan risiko komplikasi. Tetapi apabila memperkatakan dalam pemilihan diet, perkara yang paling penting ialah memilih diet yang bersesuaian dengan anda – yang mungkin akan dipraktik dan dikekalkan untuk jangka masa panjang. 

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI