31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya Hidup“Mereka pura-pura jadi ibu bapa, mata getar anak itu minta bantuan,” Naluri...

“Mereka pura-pura jadi ibu bapa, mata getar anak itu minta bantuan,” Naluri keibuan wanita ini berkeras masuk campur akhirnya menyelamatkan nyawa

“Tidak menyangka, perkara sebegini berlaku di sebelah saya,” tulis seorang ibu dikenali Tsai dalam hantaran di Facebook. Rutin harian ke sekolah untuk mengambil anaknya dari kelas ketika menunggu bas di stesen bas di tepi jalan besar tiba-tiba berubah.

Hari itu ibu ini melihat seorang lelaki di sebelah kiri dan seorang wanita berpakaian kemas, tidak comot, dan kelihatan berbual secara biasa dengan seorang kanak-kanak perempuan disyaki pelajar sekolah rendah. Tetapi melihat mereka berdua saling bersoal jawab, wanita ini merasakan terdapat ‘sesuatu yang pelik’.

Selepas beberapa ketika, Tsai melihat wanita itu semakin dekat menghampiri gadis kecil ini. Hatinya terdorong untuk bertanya, “Adik, adakah kamu mengenalinya?” Kanak-kanak itu memandang tepat ke arah matanya. Itu tidak dikira sebagai jawapan dan dia menyambung lagi, “Adakah kamu mengenalinya?” 

Facebook

Anak ini teragak-agak untuk bercakap, dan wanita itu tiba-tiba menghampiri, semacam hendak menumbuk seseorang, dan berkata, “Ada apa-apa masalahkah dengan awak? Tak bolehkah saya kenal dia?”

Tsai yakin wanita ini mesti tidak mengenali anak itu, jadi dia bertanya lagi, “Adik, adakah kamu mengenalinya?” Selepas menunggu 5 saat, dia mengangguk. “Baiklah, sekarang saya yang malu. Anak itu mengenali wanita pelik. Walaupun hati tidak tenang dan saya seolah-olah tidak boleh berkata apa-apa,” tulisnya.

Sebentar itu dia menutup mulutnya, tetapi masih sedikit bimbang di dalam hati, jadi diam-diam sahaja dia memerhati dari semasa ke semasa. Mereka bercakap tetapi dalam hati dan fikiran Tsai terasa lain macam, “Saya tahu ini benar-benar tidak normal!”

Kemudian, Tsai mendengar wanita itu berkata, “Saya tahu ke mana kamu hendak pergi. Kamu akan pergi bersama saya sekarang. Mari kita pergi ke kereta seberang sana.” Kemudian dia terus bercakap dengan anak itu, dengan percakapan mereka seperti bersetuju bersama. Sampai di sana Tsai menulis, “Tetapi saya melihat tangannya berketar memegang telefon!” Wanita itu seolah-olah terdesak hendak mengajak kanak-kanak perempuan itu pergi bersamanya. Tsai tidak dapat menahan dirinya untuk bertindak.

“Adik kamu kenal dia?” Tsai bertanya dengan lebih kuat kali ini, tetapi apabila kanak-kanak itu hendak menjawab, orang tidak dikenali itu berpaling dan menjerit ke arahnya, “Saya kenal dia, jangan bimbanglah!” Tetapi Tsai akhirnya tidak dapat menahannya, “Tolonglah, bagaimana saya boleh meninggalkannya!” Tsai bangun dan memintas kanak-kanak itu lalu menoleh membawanya ke sudut lain.

“Saya tahu awak dari sekolah rendah XX, kan? Awak darjah berapa? Saya panggil sekolah itu sekarang,” Tsai mula masuk campur.

Wanita berkelakuan pelik itu mula berasa tidak senang hati dan lantang berteriak ke arah Tsai, “Pergilah! Saya kenal dia, jangan bimbang, saya tahu awak akan menyakitinya, awak ini orang jahat!” Dan dari situ, Tsai tidak peduli dan dia bertegas anak ini dalam bahaya dan memerlukan bantuannya. 

Ya, sebaliknya, ia juga 80 peratus pasti pihak yang satu ini sedang mengalami masalah mental, jadi dia mesti berhati-hati. Mana tahu, tiba-tiba sahaja wanita itu boleh bertindak agresif. “Tetapi saya benar-benar mahu menyelamatkannya!” tulis Tsai.

Kanak-kanak itu akhirnya menjawab dengan perlahan dan lembut, “Saya darjah empat..” Tetapi nadanya bukan sahaja terketar, tetapi tangannya juga turut terketar. Akibatnya, wanita pelik itu memarahi Tsai, “Kamu pergilah, saya kenal dia, kamu tidak perlu kisahlah tentang dia, saya kenal bapanya, kamu ini hanya mahu menyakitinya.” Tetapi Tsai tetap bertegas mendesak dengan berkata, “Kamu boleh beritahu saya nama dan nombor telefon ibu bapa kamu dan saya akan menghubungi mereka untuk memastikan jika kamu mengenali mak cik ini.”

Lantas kanak-kanak itu membalas dengan suara lemah memberi nama dan nombor telefon bapanya. Semasa menekan nombor telefon bapa anak itu, Tsai memandang wanita aneh itu, tetapi telefon tidak dapat disambungkan sehingga wanita aneh itu hilang sabar. “Kamu tidak boleh macam ini, pergilah. Ini bukan urusan kamu!” Tsai mendapati wanita ini sedang cuba mendekati dirinya, jadi spontan dia menjerit, “Cik, saya akan hubungi polis jika kamu dekat!”

Wanita tidak dikenali itu menjerit, “Kamu melawan ya!” Tsai menjawab dengan berani, “Ya, saya akan lawan. Jika kamu terus mara ke sini, saya akan bercakap dengan bapa kanak-kanak ini dahulu, atau kamu mahu saya hubungi polis sekarang, dan kamu akan bercakap dengan polis sendiri. Jawab yang mana satu!” Akibatnya, wanita itu merenungnya dengan bengis, sambil perlahan-lahan berjalan menuju ke hujung stesen bas, dan pada masa ini akhirnya bapa kanak-kanak itu menjawab telefon.

“Hello, boleh saya bercakap dengan bapa XXXX? Saya Cik Tsai. Anak encik XXXX bersama saya berada di stesen bas bersebelahan sekolah XXXX, kerana tadi anak encik mahu dibawa pergi oleh orang tidak dikenali. Boleh cakap dengan anak encik dahulu?” Gadis kecil itu bercakap dengan bapanya, dengan suara yang lemah dan bergetar, dan kemudian memberikan telefon itu kembali kepada Tsai.

“Cik Tsai, terima kasih!” Bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

Tsai menjelaskan kepada bapa kanak-kanak itu, “Jangan cakap macam tu, saya pun ibu, saya boleh faham, jangan bimbang, orang tidak dikenali itu sudah beredar. Boleh saya tanya nombor bas yang anak encik patut naik?” Bapa itu terdiam selama 5 saat sebelum menjawab. Kebetulan bas yang ingin dinaiki kanak-kanak itu sebenarnya sama dengannya. “Encik XX, saya pun tengah menunggu bas ini untuk mengambil anak saya. Ada lebih kurang 10 minit sebelum kereta sampai. Saya akan pastikan dia menaiki bas bersama saya. Hentian mana dia turun, ya?”

Gambar Hiasan / Pixabay

Pada mulanya dengan jawapan teragak-agak, bapa ini terus berkata, “Maaf, saya benar-benar panik. Saya terlupa di mana anak saya turun dari basnya.” Tsai segera menenangkannya, “Jangan gementar, anak encik baik-baik sahaja. Saya akan naik bas bersamanya. Saya akan pastikan pemandu turunkan dia di stesen tempatnya selalu turun. Jangan bimbang, saya akan pastikan dia selamat.” Kemudian Tsai mengukir senyuman kepada kanak-kanak itu setelah selesai berbual dengan bapanya.

“Tidak mengapa, mak cik teman dalam bas. Jom kita naik sama-sama!” Anak itu menjawab dengan suara yang sedikit bimbang, “Baiklah..” Tetapi melihat tangannya yang menggeletar, Tsai berusaha menenangkannya. “Boleh mak cik pegang tangan awak?” Selepas melihat dia mengangguk, Tsai mencapai tangan anak ini yang sejuk, dan kemudian menggenggam erat tangan kecil itu dengan kedua-dua tangannya.

Selepas itu, Tsai bertanya kepadanya, “Kamu mesti takut, kan?” Dia mengangguk dan Tsai cuba menenangkannya, “Tak apa, tak apa, sekarang orang asing itu sudah pergi!” dan perlahan-lahan emosinya menjadi stabil. Mereka membincangkan bersama-sama apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan situasi yang sama bahaya apabila dihampiri orang tidak dikenali jika anak ini berseorangan menaiki bas ke tempat lain kelak. Tsai menasihatinya, “Kamu bergerak pergi ke tempat yang sesak, dan jerit!” Spontan anak itu akhirnya tersenyum dan ketawa mendengarnya.

“Boleh mak cik tanya, tadi kenapa bila mak cik tanya kalau kamu kenal dia, kamu angguk ya?” Kanak-kanak itu akhirnya menjawab dengan suaranya yang lebih berani berbanding tadi, “Kerana dia itu terus merenung saya.” Tsai rasa, apa yang kanak-kanak itu maksudkan mata wanita pelik itu membuatkannya menjadi amat takut, walaupun dia tahu akan ada orang menyelamatkannya, ia tetap menakutkan walaupun hanya pada jarak 30 sentimeter.

Kemudian, mereka menaiki bas bersama-sama dan mengetahui yang anak ini juga belajar dalam kelas muzik di sekolah rendah tempat anak Tsai belajar, jadi mereka mula berbual tentang muzik dan keluarga. Tsai juga memberitahu pemandu bas lokasi kanak-kanak itu akan turun di stesennya dan memastikan keadaannya selamat sebelum dia bergerak mengambil anaknya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Tsai menulis walaupun dia terlepas dua kereta kerana membantu kanak-kanak itu, “tetapi saya rasa… ia amat berbaloi!” Dalam perjalanan untuk mengambil anaknya, Tsai menghantar mesej kepada bapa kanak-kanak itu, “Sudah berada di dalam kereta, saya sudah berada di XX. Turun dari bas dahulu, dan anak encik akan pulang dengan selamat!” Tsai meminta bapa itu untuk tidak bimbang, dan jangan salahkan anaknya apabila dia sudah selamat pulang berada di rumah, kerana anak itu tidak bersalah.

Bapa ini kemudian membalas mesej dengan ucapan terima kasih sekali lagi. Dia tahu perkara itu sebagai seorang bapa, hari itu pengalaman hari yang sukar, lebih-lebih lagi bagi seorang bapa tunggal.

Akhirnya, Tsai menarik nafas lega kerana dia benar-benar mendapat pengajaran. “Saya fikir, lain kali saya akan menjadi lebih kuat dan bukan pengecut, lebih baik berlaku salah faham daripada membiarkan berlaku tragedi!” Tsai kemudian berbual dengan anaknya menceritakan insiden itu. Walaupun anaknya agak terkejut, dia fikir apabila kita boleh mula bercakap, kanak-kanak itu juga boleh mengamalkan hati keras untuk bertahan dan menjadi tegas, “Jangan takut, saya percaya dunia ini masih indah!”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI