30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalCOVID-19 : Saintis Jepun cipta pelitup muka bersinar di bawah UV jika...

COVID-19 : Saintis Jepun cipta pelitup muka bersinar di bawah UV jika terdapat virus

Saintis Jepun telah mencipta pelitup muka yang bersinar apabila terdedah kepada cahaya ultra-ungu (UV) jika mengandungi kesan koronavirus menggunakan antibodi yang diekstrak daripada telur burung unta.

Pasukan saintis dari Kyoto Prefectural University itu berharap pelitup muka berkenaan akan memudahkan orang ramai untuk mengetahui sama ada mereka telah dijangkiti virus itu.

Menurut laporan Kyodo News, pasukan yang diketuai oleh Yasuhiro Tsukamoto itu akan meneruskan ujian untuk menggunakannya secara praktikal bagi mendapatkan kelulusan penjualan pelitup itu pada tahun hadapan.

Pada Februari 2020, pasukan itu menyuntik koronavirus yang tidak aktif ke dalam burung unta betina dan berjaya mengekstrak sejumlah besar antibodi daripada telur yang terhasil.

Pasukan itu kemudiannya membangunkan penapis khas yang diletakkan di dalam topeng muka dan boleh dikeluarkan serta disembur dengan pewarna pendarfluor yang mengandungi antibodi koronavirus daripada telur burung unta.

Penapis tersebut kemudiannya akan bersinar sekiranya wujud virus berkenaan.

Menurut laporan Kyodo, apabila pasukan itu menjalankan eksperimen selama 10 hari dengan 32 orang yang dijangkiti koronavirus, mereka mendapati bahawa semua pelitup muka yang dipakai bersinar di bawah cahaya UV.

Ia juga pudar apabila beban virus mereka berkurangan. Pasukan Tsukamoto kini merancang untuk mengembangkan eksperimen untuk melibatkan 150 orang peserta.

Presiden universiti itu mendapati dia sendiri positif COVID-19 selepas memakai salah satu topeng eksperimen dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa. Dia mengesahkan statusnya dengan ujian tindak balas ‘rantai polimerase’.

“Kami boleh menghasilkan antibodi secara besar-besaran daripada burung unta dengan kos yang rendah”.

“Pada masa hadapan, saya mahu menjadikan ini sebagai kit ujian mudah yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja,” kata Tsukamoto.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI