Kekejaman terhadap haiwan harus dihentikan. Ini kerana kita sering sahaja dengar tentang bagaimana haiwan jalanan misalnya terus diseksa tanpa belas kasihan.
Bahkan ada juga individu yang sanggup meracun haiwan tidak berdosa itu, samalah seperti apa yang menimpa seekor anjing ini.
Apih McQuinn/Facebook
Menurut seorang pengguna Facebook, Apih McQuinn, anjing berkenaan muncul di rumahnya pada sekitar jam 3:30 pagi selepas dipercayai telah diracun.
‘Walaupun anjing tapi dia tetap makhluk ciptaan Allah swt. Bukan anjing saya, tidak tahu siapa punya sebab terlepas”.
Tambahnya, anjing itu seakan memohon bantuan daripadanya. Kemungkinan dia kena racun, jadi saya cuba semampu boleh walaupun saya bukan doktor haiwan”.
Apih McQuinn/Facebook
Anjing tersebut menurutnya telah diracun oleh ahli komuniti di kawasan itu yang tidak berperikemanusiaan.
Apih dalam pada itu turut mengakui bahawa dia sememangnya takutkan anjing namun berasa kasihan melihat anjing itu kesejukan, ditambah dengan mulutnya yang berbuih.
Anjing itu segera diberikan selimut serta sedikit air kelapa memandangkan dia tidak begitu pasti apa yang patut dibuat.
Apih McQuinn/Facebook
Anjing itu segera diberikan selimut serta sedikit air kelapa memandangkan dia tidak begitu pasti apa yang patut dibuat.
Berkat pertolongan daripada Apih, anjing tersebut bertambah baik. “Esoknya dia boleh berdiri sendiri dan saya lepaskannya pergi sebab saya tidak tahu tuannya”.
Sebelum itu juga, Apih sempat memberinya makan sardin sebelum anjing itu berlalu pergi.
Apih McQuinn/Facebook
Mujurlah nyawa anjing itu sempat diselamatkan. Terima kasih Apih atas bantuan dan keprihatin di kala awal pagi.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: