Bila memperkatakan idea anak-anak sedang berkembang dengan sel-sel otak berhubung, macam-macam bendalah yang akan dibuatnya.
Perkongsian seorang ibu dikenali Yunn Huda dalam video TikTok ini amat menggelikan hati yang memaparkan keletah nakal anak-anaknya.
Dalam video tersebut, Yunn Huda menunjukkan anak-anaknya mengubah kedudukan kekunci ‘keyboard’ komputer mengikut susunan abjad ABC sampai Z yang mereka pelajari daripada cikgu di sekolah yang bukan cikgu komputer.

“Masuk bilik anak-anak sekali tengok keyboard cantik bersusun A sampai Z. Berpuzzle la mama pagi buta,” kapsyen dalam video kelakar itu.
Mulalah Yunn Huda rasa macam hendak marah tetapi tidak sampai hatilah pula. Bila ditanya siapa yang punya angkara di hadapan anak perempuannya, si cilik itu jadi tidak keruan takut dimarahi mamanya.
Tahu dia takut hendak kena marah, tadi masa cabut satu-satu kekunci itu tak takut apa pun.

Perkongsian video tular yang mendapat perhatian warganet dengan komen lucu mereka:
“Ala.. saja la tu nak senangkan kerja mamanya..”
“Hahaha siap ada tempat kosong, dia tak tau la tu nak susun apa lepas habis tu..”
“Adoi, pening mama dia nak taip, banyak ‘typing error’ gagah nak kena susun balik..”

Yunn Huda memberitahu dia gigih meng ‘Goggle’ macam mana hendak menyusun semula kekunci ‘keyboard’ dengan susunan yang betul dan berakhir dengan jayanya. Yay!