Seekor kucing comel baru-baru ini menjadi sensasi internet apabila fizikalnya didapati sama dengan karakter kucing, Puss In Boots dalam filem animasi Shrek.
Menurut The Sun UK, kucing berwarna keemasan baka ‘British shorthair’ tersebut atau namanya Pisco itu mula mendapat perhatian wargamanya di peringkat global.
@pisco_cat/Instagram
Ini kerana rupanya saling tak tumpah sama seperti Puss In Boots. Cuba anda lihat sama atau tidak :
Puss In Boots
Pisco
@pisco_cat/Instagram
Selepas menyedari bahawa Pisco kelihatan sama seperti karakter itu, pemilik Pisco memutuskan untuk membuka akaun Instagram buatnya dan kini pengikutnya mencecah 614,000!
Malah akaun TikTok miliknya juga berjaya meraih seramai lebih 40,000 pengikut. Hebat juga penangan si Pisco ini bukan?
@pisco_cat/Instagram
Kucing berusia 2 tahun ini juga turut bertuah kerana turut mendapat banyak tawaran penajaan dan mempromosikan barangan haiwan peliharaan daripada jenama terkenal.
Untunglah Pisco ya!