25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaMari kenali pesona Dr Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021

Mari kenali pesona Dr Lavanya Sivaji, Miss World Malaysia 2021

Seorang doktor wanita yang baru berusia 25 tahun baru-baru ini telah memenangi gelaran Miss World Malaysia 2021 sekali gus mencetuskan inspirasi kepada golongan wanita khususnya untuk mencipta kejayaan besar seperti beliau.

Dr Lavanya Sivaji yang membesar di Taman Seri Gombak, Batu Caves sebelum ini turut pernah menyertai pertandingan Miss Malaysia Indian Global 2019 dan meraih tempat ketiga dalam pentas tersebut.

Dalam acara peragaan yang dilaksanakan secara virtual ini turut menyaksikan Miss World 2021 Grand Coronation Night di Hyperlive.tv pada tanggal 16 Oktober lalu. Kejayaan yang diraih beliau sekali gus melayakkan Malaysia untuk bertanding di 70th Miss World yang akan berlangsung di Puerto Rico pada 16 Disember 2021.

Mari kita kenal lebih mendalam tentang Dr Lavanya Sivaji yang cantik dan bijak ini.

  1. Beliau merupakan pengasa 4Them, satu projek kebajikan yang memartabatkan masalah kesihatan dan juga nutrisi pemakanan dalam kalangan komuniti Orang Asli Malaysia
  2. Memiliki ketinggian 5’9”
  3. Pada tahun 2015, beliau menyambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  4. Pernah menjalani latihan praktikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin
  5. Pada 22 September 2019, beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Miss Malaysia Indian Global 2019
  6. Pada 16 Oktober 2021, beliau telah berjaya mengalahkan 38 finalis lain sekali gus dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2021 di usia 25 tahun

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI