30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupCulik dan larikan anak anjing penduduk taman, tindakan melampau monyet mula merisaukan...

Culik dan larikan anak anjing penduduk taman, tindakan melampau monyet mula merisaukan orang ramai

Monyet adalah haiwan yang bijak dan licik tetapi terkadang boleh mendatangkan bahaya kepada bukan sahaja manusia tetapi kepada haiwan lain juga. Sifat mereka sememangnya kasar dan boleh mencederakan sesiapa yang cuba melawannya.

Tindakan mereka boleh menjadi semakin teruk dan sukar dikawal. Misalnya seperti apa yang berlaku baru-baru ini. Dalam catatan Facebook yang tular beberapa hari lalu, netizen Leonald Lu telah berkongsi pengalamannya melihat sebuah kejadian yang melibatkan seekor monyet di sebuah kawasan perumahan di Selangor.

Menurut Lu ada sebuah kawasan perumahan di Selangor yang sering dimasuki oleh monyet untuk ‘menculik’ kucing dan anjing peliharaan penduduk.

Bersama dengan status ringkas tersebut terdapat juga gambar yang dimuat naik membuktikan terdapat seekor monyet yang sedang duduk di atas wayar bersama dengan seekor anak anjing yang diculiknya.

Sehingga kini masih tidak diketahui siapa pemilik anjing tersebut dan kemungkinan besar anak anjing tersebut adalah milik penduduk taman perumahan itu.

Keadaan kini menjadi semakin serius nampaknya. Monyet-monyet bukan sahaja hanya mencuri dan merampas makanan manusia tetapi kini sudah berani menculik haiwan peliharaan dan ini adalah tindakan yang jahat.

Kepada anda di luar sana sentiasa berhati-hati terutama di kawasan yang penuh dengan monyet. Pastikan pintu rumah tertutup dan jangan biarkan haiwan anda berada di luar bersendirian.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI