Siapa yang tidak mengenali Ronny Chieng yang merupakan barisan pelakon filem The Crazy Rich Asia. Baru-baru ini di Twitter, beliau telah memuat naik video pendek berdurasi 1 minit 2 saat yang memaparkan 3 bukti menunjukkan beliau masih lagi anak jati Malaysia meskipun sudah melebarkan sayap ke peringkat Hollywood.

Pelakon kelahiran negeri Johor Bahru itu berjaya membawakan watak utama dalam filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dengan memegang watak sebagai Jon Jon.
Dalam ciapan yang dimuat naik oleh Marvel Studios Malaysia di Twitter, Ronnie telah menerangkan tiga perkara yang membuktikan bahawa dia masih anak Malaysia.

- Ronnie masih lagi memiliki paspot Malaysia sebagai bukti beliau masih rakyat negara ini.
- Beliau masih menggunakan perkataan ‘lah‘ dan ‘meh‘ dalam rutin percakapan sehariannya.
- Beliau tahu cara untuk memesan minuman di kopitiam. “Pakcik, bagi saya kopi beng kosong satu”.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia dan mengakhiri video pendek tersebut dengan ucapan Malaysia Boleh!

Difahamkan filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula pada 7 Oktober ini. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehebatan lakonan Ronny Chieng sebagai karakter adiwira Asia pertama dalam filem Marvel itu.