Ajaibnya anjing turut mempunyai sifat empati sesama haiwan dan mereka turut memberikan reaksi mengikut naluri sendiri.
Di Chonburi, Thailand, seekor anjing jenis Chihuahua bernama Nam Ning berasa bertanggungjawab untuk membantu seekor ikan pada suatu malam.
Ini kerana ikan tersebut secara tiba-tiba terlompat keluar daripada kolamnya. Pada ketika itu, Nam Ning berada bersebelahan kolam tersebut.
Tidak lama selepas itu, Nam Ning menyalak bagi memberitahu tuan mereka, Sura akan tragedi tersebut.
Daily Mail Animals/Facebook
Salakannya itu juga kedengaran agak berbeza dengan salakan yang lazim dihasilkan Nam Ning. Pada ketika itu, ikan koi tersebut sedang bergelut bergerak untuk mencari air.
Kemudian Sura muncul bersama beberapa ekor anjing yang lain untuk mengetahui apa yang berlaku. Sura kemudian mencari kain bagi mengangkat ikan dan memasukkannya semula ke dalam kolam.
Daily Mail Animals/Facebook
Mujurlah ada Nam Ning yang bertindak pantas menyalak bagi ‘memberitahu’ pemilik mereka. Jika tidak, pasti ikan koi itu mati terbiar di atas lantai sahaja.
Terima kasih Nam Ning dan rakan-rakan!
Saksikan video mereka di sini.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times