Kucing lazimnya disinonimkan dengan tidak suka dan ‘takut’ akan air kerana enggan apa-apa terjadi pada bulu mereka.
Ini kerana, menurut sumber, kucing adalah sejenis haiwan yang berhati-hati untuk tidak mengapa-apakan bulunya sesudah menghabiskan banyak masa menjilat bulu sendiri.
Namun berbeza pula dengan seekor kucing comel bernama Mei ini, yang tular dirakamkan berenang ketika mandi di pantai.
Menurut tuannya Najihah, kucing jantannya itu baru berusia setahun dan kerap dibawa ke pantai di Port Dickson memandangkan rumah bapanya di sana.
“Daripada kecil, Mei memang tidak takut dengan air apabila saya selalu bawanya ke bilik air setiap kali saya mandi. Mei juga akan mandi sekali”.
Sungguhpun begitu, Najihah langsung tidak menyangkan bahawa kucing kesayangannya mampu berenang.
@alyaaamran/TikTok
“Saya bawanya ke pantai untuk mandi. Ketika air laut paras buku lali, Mei kelihatan terapung dan mula berenang.
Tambahnya, video yang tular tersebut adalah kali kedua Mei di pantai. “Masa tu, air laut paras pinggang. Sah dia boleh berenang”.
Akan tetapi Najihah menjelaskan bahawa dia sentiasa mengawasi pergerakan Mei di pantai untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
@alyaaamran/TikTok
“Saya tak mahu dia berenang lama-lama kerana belum tahu sejauh mana keupayaannya dan mahu Mei berasa selamat”.
Melihat kepada kemampuan kucingnya, gadis 24 tahun itu juga mengakui bahawa dirinya juga berniat untuk memasuki kelas berenang untuk sama-sama berenang dengan Mei.
“Tak sabar saya nak masuk kelas berenang. Kucing dah boleh berenang, tunggu giliran saya pula selepas ini untuk berenang bersama”.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: