‘Bapak borek anak rintik’ merupakan peribahasa yang membawa maksud perangai atau tingkah laku seorang anak yang sama seperti sifat si bapa.
Satu lagi perumpamaan sesuai dengan kisah yang bakal dikongsikan dalam artikel ini adalah ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook oleh Proud to be a Chef memaparkan gelagat anak beranak yang sedang menunjukkan kemahiran memotong buah tomato di dapur.

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan si bapa yang merupakan seorang tukang masak sedang mempamerkan kemahirannya menggunakan pisau dengan cekap sambil diperhatikan oleh kanak-kanak lelaki itu.

Selepas menunjukkan contoh, bapa ini menyerahkan pisau ke tangan anaknya dan mengejutkan, anak ini turut mahir memegang pisau dan menunjukkan kemahiran hebat sama seperti bapanya!

Lihatlah reaksi si bapa ketika berdiri di sebelah anak lelakinya sambil memerhatikan dengan penuh rasa bangga.
Kecil-kecil lagi sudah mempunyai bakat dan masa depan yang cerah, semoga anak ini akan mewarisi bakat dan kemahiran bapanya serta menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.