Sekiranya anda memikirkan bagaimana seorang bapa menjaga anak-anak, gambaran yang muncul di kepala mungkin aksi menghangatkan seorang bapa yang bermain dengan anak-anak seperti dalam rancangan realiti ‘Return of Superman’, atau gambar lembut tetapi menggelikan hati anak menjaga bapanya yang sedang tidur di sebelah.
Ketika mengharapkan suami menemani anak-anak, sering kali anda yang kepenatan tertidur di sebelah suami yang turut tertidur sementara anak-anak masih giat bermain penuh keletah dengan pelbagai aktiviti.
Seorang netizen dari Taiwan memuat naik gambar lucu suaminya memperhatikan anak kecil mereka di laman Facebook ‘Breaking News’. Tulisnya, ketika mahu keluar sebentar, dia telah meminta suaminya untuk menjaga anak dengan baik. Namun, ketika dia pulang ke rumah, didapatinya rumah senyap sunyi. Netizen ini membuka pintu bilik tidur anaknya dan mendapati anaknya sedang duduk memperhatikan bapanya yang sedang tidur nyenyak di sebelah.

Si kecil ini memperhatikan bapanya dengan sebaik mungkin. Terdapat jagaan yang teliti, tetapi hanya peranannya yang terbalik.
Netizen geli hati dengan memberi komen: Mungkinkah ini langkah pertama didikan untuk menyemai sikap berdikari anak-anak apabila menyerahkan mereka kepada si bapa untuk dijaga?
Sudah tentu, gambar yang menghangatkan hati ini telah menarik perbincangan kalangan netizen. Ramailah yang mula menganalisis ‘faedah membawa anak-anak diserahkan kepada bapa’, cara membesarkan anak-anak tidak sesukar seperti dilihat.

Di bawah pemantauan si bapa, anak boleh bebas membentuk dunianya sendiri dan menyaksikan bapanya tertidur dengan penuh perhatian juga adalah satu pembelajaran yang berguna.
Inilah caranya untuk memupuk perwatakan anak-anak yang berdikari dan menunjukkan kasih sayang anak untuk menjaga orang lain. Bapa juga akan makan bersama anak dengan makanan ringan kegemaran mereka, boleh ambil sebanyak mana yang mereka suka sehingga ketika dewasa mereka pasti muak untuk memakan makanan ringan, maka dengan sukarela mencari makanan berzat demi kebaikan diri sendiri. Semuanya secara terbalik, tetapi lebih banyak memberi manfaat kepada anak-anak tanpa kita sedari.
Ada netizen memberi komen, “Anak-anak akan bertanya, ‘Bila sekolah akan bermula? Amat memenatkan menjaga ayah saya di rumah!’.”

Walaupun tidak semua keluarga mempunyai pandangan dan senario keibubapaan seperti ini, peluang untuk mengalaminya sendiri adalah sangat tinggi!
Jika dilihat daripada gambar yang disiarkan oleh netizen, pengalaman itu dikongsikan dengan melihat bagaimana si bapa tertidur nyenyak di sebelah anak kecil yang sedang bermain, cara biasa yang para ibu rakamkan di media sosial. 100 cara kreatif bapa bermain bersama anak-anak di rumah adalah seperti tidak wujud!

Tetapi adakah semua ibu tahu bahawa dalam tinjauan Hari Bapa menyatakan 90 peratus kaum bapa bersedia meluangkan masa dengan anak-anak. Kebanyakan bapa merasa puas hati ketika membesarkan anak-anak dan berasa lebih gembira setelah mempunyai anak. Sehingga 90 peratus bapa juga menganggap diri mereka adalah bapa yang baik dan cekap.

Tidak kira sama ada ibu atau bapa, tanggungjawab dalam hal keibubapaan itu adalah bersama-sama demi memastikan anak-anak mempunyai kehidupan yang baik dan bahagia.
Menjadi ibu bapa yang terbaik adalah impian setiap pasangan yang telah berkeluarga. Berikan pujian kepada semua ibu bapa yang telah bekerja keras membesarkan anak-anak mereka.