Ayam, lembu, kambing dan itik merupakan spesies yang tergolong dalam haiwan ternakan. Namun pernahkah anda melihat seekor ayam menjalani kehidupan seperti haiwan peliharaan?
Seorang warganet dari Jepun yang dikenali sebagai @itakkku menjadi bualan hangat di media sosial setelah berkongsi gambar ayam kesayangan keluarganya.
Menariknya, ayam ini sangat manja dan gemar untuk berkepit dengan tuannya. Lihatlah bagaimana ayam ini kelihatan selesa tidur di pangkuan tuannya.
Ayam jantan yang berusia setahun dan dikenali sebagai ‘Cocco’ ini kelihatan sedang terbaring di atas riba tuannya sambil menutup mata dan meluruskan kakinya. Comel betul! Ramai warganet yang geram melihat gelagat ayam jantan ini.
“Awak dah lupa ke yang awak adalah seekor ayam,” tulis @itakkku pada perkongsian gambar berkenaan.
Majoriti warganet memberi pelbagai respon seperti memuji kehidupan sempurna ayam berkenaan selain menyatakan keinginan masing-masing untuk membenamkan wajah mereka pada perut Cocco yang gempal itu.
“Boleh ke ayam baring dan meluruskan kakinya seperti itu?”.
“Anjing jenis apa ini?”.
“Daripada gambar itu, Cocco adalah seekor ayam yang kuat dan gempal. Mesti Cocco bahagia”.