Rata-rata antara kita semestinya mahukan tubuh yang sihat dan badan yang cantik. Namun, ada yang tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan senaman di luar rumah.
Jadi, ramai yang suka bersenam di rumah. Apa yang mereka perlukan ialah panduan melakukan senaman yang betul.
Kali ini, seorang ‘YouTuber’ berkongsi sebuah bentuk senaman untuk mengempiskan perut. Bagi anda yang mempunyai masalah lemak pada bahagian perut anda boleh lakukan senaman seperti yang diajar oleh YouTuber, Thankyou BUBU ini.
Apa yang penting langkahnya mudah sahaja. Anda boleh lakukan pada masa lapang, sekerap yang anda mahukan. Hanya meluangkan 90 saat untuk setiap sesi boleh bantu anda untuk dapatkan perut yang kempis. Mudah bukan?
Aksi 1: Angkat tangan dan lipatkan perut anda. Lakukan selama 10 saat.

Aksi 2: Angkat kaki sedikit dan lakukan senaman kiri dan kanan. Lakukan selama 12 saat.

Aksi 3: Kayuh seperti anda sedang berbasikal selama 10 saat.

Aksi 4: Gerakkan tangan ke atas dan ke bawah seolah-olah mahu menepuk lantai. Lakukan selama 25 saat.

Aksi 5: Gerakkan kaki ke atas dan ke bawah tanpa menjejak ke lantai. Lakukan selama 15 saat. Selepas itu ulang semula ‘kayuhan’ seperti yang dilakukan tadi.

Mudah sahaja bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Jom lakukan senaman ini di rumah. Mana tahu boleh dapatkan perut yang kempis untuk hari raya nanti!