26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
UtamaBerita UtamaPengguna yang tidak menerima dasar privasi baru WhatsApp akan alami masalah dan...

Pengguna yang tidak menerima dasar privasi baru WhatsApp akan alami masalah dan kemungkinan akaun mereka akan dilumpuhkan sepenuhnya selepas 120 hari

Aplikasi WhatsApp merupakan antara platform terpenting dan paling banyak digunakan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 2 bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia.

WhatsApp baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi mereka yang menyatakan bahawa akan ada dasar privasi baru yang berkuat kuasa pada 15 Mei ini. Namun, jika pengguna belum menerima dasar privasi baru, fungsi WhatsApp mereka akan dibatasi sehingga pengguna menerima terma privasi baru tersebut. Situasi ini akan berlaku secara rawak kepada pengguna platform tersebut.

Sekiranya pengguna tidak bersetuju dengan dasar privasi baru tersebut, mereka hanya dapat membuat panggilan dan menerima notifikasi, tetapi tidak dapat melihat atau mengirim mesej di WhatsApp. Setelah beberapa minggu pengguna tidak akan dapat menerima panggilan atau mesej.

WhatsApp menyatakan bahawa dalam beberapa minggu terakhir ini, pihaknya telah secara berturut-turut mengeluarkan pemberitahuan kepada pengguna yang belum menerima dasar privasi baru tersebut. Sekiranya pengguna berkeras untuk tidak menerima dasar tersebut, permintaan akan terus muncul pada aplikasi WhatsApp mereka.

WhatsApp menekankan bahawa ia tidak akan menghapus akaun pengguna secara aktif kerana pengguna menolak syarat privasi baru, bahkan mereka juga mengesyorkan pengguna berfikir dua kali sebelum menutup akaun mereka, kerana akaun yang telah ditutup tidak akan dapat dipulihkan serta semua maklumat akan dihapus.

Bagaimanapun, jika pengguna WhatsApp masih tidak menerima syarat privasi baru selewat-lewatnya pada 15 Mei ini akaun mereka akan dinyahaktif selepas 120 hari.

Selain itu, WhatsApp turut menyediakan cara untuk mengeluarkan sejarah panggilan untuk Android dan iPhone di laman web rasmi mereka. Terdapat juga aplikasi untuk memuat turun laporan akaun.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI