27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGaya HidupCuba raih perhatian tuan ketika temu bual, gelagat comel anjing presiden Ireland...

Cuba raih perhatian tuan ketika temu bual, gelagat comel anjing presiden Ireland curi perhatian ramai

Baru-baru ini salah seekor anjing kesayangan Presiden Michael D. Higgins telah mendapat perhatian umum apabila sebuah video rakaman di sebalik tabir temu bual dengan tuannya telah dimuat naik ke internet.

Anjing kesayangan milik Presiden Ireland dari baka Bernese bernama Misneach itu kelihatan cuba mendapatkan perhatian daripada tuannya yang ketika itu sedang sibuk menjalani temu bual dengan media, RTE pada hari Ahad lalu.

Dalam temu bual itu Presiden Higgins telah memberi penghormatan kepada rakannya, pelakon Ireland, Tom Hickey, yang kematiannya bari diumumkan sehari sebelumnya.

Melihat kepada tuannya yang seolah-olah tidak mempedulikannya, anjing comel itu telah bermain-main di pakaian presiden itu dan menghidu jari tuannya sepanjang wawancara dijalankan.

Momen lucu itu telah dikongsi di Instagram dengan kapsyen yang berbunyi: ‘Di sebalik tabir di Áras an Uachtaráin.’

Walaupun diganggu oleh anjingnya, Presiden Higgins kelihatan sangat dengan tenang mengawal si comel itu dengan menepuk dan membelai anjing itu sambil meneruskan fokusnya pada kamera.

Rakaman tersebut telah ditonton lebih dari 29,000 kali di Instagram, dan ramai pengguna laman sosial itu merasakan gelagat anjing itu adalah sesuatu yang begitu melucukan.

Seorang pengikut Instagram yang teruja menulis: ‘Sangat jelas bahawa anjing ini benar-benar sayang dengan pemiliknya.’

Ada pula yang menganggap hubungan mereka berdua adalah sesuatu yang semula jadi.

PresidenHiggins kini dikatakan mempunyai dua ekor anjing baka Bernese Mountain, Misneach dan Bród. Sebelum ini beliau mempunyai seekor lagi anjing bernama Síoda tetapi ia telah mati tahun lalu kerana sakit.

Presiden Higgins telah memelihara anjing Bernese selama lebih daripada 19 tahun, dan setiap pagi haiwan kesayangannya itu akan menemaninya berjalan-jalan di kawasan Áras an Uachtaráin.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI