26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKisah BenarAktivis Hong Kong, Joshua Wong dipenjara 10 bulan lagi selepas terlibat dalam...

Aktivis Hong Kong, Joshua Wong dipenjara 10 bulan lagi selepas terlibat dalam perhimpunan memperingati ulang tahun Bantahan Dataran Tiananmen 1989

HONG KONG – Aktivis demokrasi Hong Kong, Joshua Wong akan menerima lanjutan hukuman penjara selama 10 bulan kerana terlibat dalam ‘perhimpunan tidak sah’ sempena ulang tahun Tiananmen pada 4 Jun tahun lalu.

Sejak tiga dekad yang lalu, golongan pelajar, cendekiawan dan aktivis di Hong Kong akan mengadakan perhimpunan bagi memperingati ulang tahun Bantahan Dataran Tiananmen 1989 yang juga dikenali sebagai Pergerakan Empat Jun dengan cahaya lilin.

Bagaimanapun, acara itu telah diharamkan buat pertama kalinya pada tahun lalu atas sebab bagi mengelakkan penularan wabak selain bimbang akan keselamatan berikutan protes demokrasi yang pernah menggegarkan Hong Kong pada tahun 2019.

Aktivis pro-demokrasi Joshua Wong dilihat di Pusat Penerimaan Lai Chi Kok selepas dipenjara kerana perhimpunan yang tidak dibenarkan berhampiran ibu pejabat polis semasa protes anti-kerajaan tahun lepas di Hong Kong, China 3, 2020. (Reuters/Tyrone Siu

Puluhan ribu rakyat menentang tindakan larangan itu dan tetap berkumpul secara aman di Taman Victoria. Sejak itu, pihak pendakwaan mendakwa puluhan aktivis demokrasi termasuk Wong hadir ke peringatan terbabit.

Oleh demikian, Wong yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 17.5 bulan kerana dua sabitan demonstrasi pada tahun 2019 telah dilanjutkan hukuman penjara selama tambahan 10 bulan lagi bagi kesalahan terbaharu itu.

Selain Joshua Wong, terdapat tiga lagi aktivis muda berusia 20-an iaitu Lester Shum, Tiffany Yuen dan Janelle Leung yang turut dipenjarakan selepas mengaku bersalah kerana mengambil bahagian dalam ‘perhimpunan tidak sah’ sempena ulang tahun Tiananmen pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Shum hanya dipenjarakan selama enam bulan manakala Yuan dan Leung dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Hakim Stanley Chan.

Pada masa yang sama, Wong, Shum dan Yuen turut didakwa di bawah undang-undang keselamatan negara yang baru dikuatkuasa di Beijing pada tahun lalu. Sekiranya didapati bersalah, ketiga-tiga mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken telah menyuarakan pandangannya yang ingin menuntut kebebasan keempat-empat aktivis demokrasi Hong Kong tersebut.

Blinken menerusi tweet-nya di Twitter menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersama rakyat Hong Kong dan akan menolak hukuman terhadap aktivis kerana menghadiri peringatan Tiananmen.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI