30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGlobalPelancong terperangkap pada jambatan kaca di China setelah kepingan lantai terbang ditiup...

Pelancong terperangkap pada jambatan kaca di China setelah kepingan lantai terbang ditiup angin

Seorang pelancong di Changchun, China terperangkap di sebuah jambatan kaca setelah beberapa kepingan lantai jambatan setinggi 100 meter itu terbang ditiup angin kencang.

Kejadian tersebut berlaku pada 7 Mei lalu, sekitar 12:45 tengah hari di Gunung Piyan, Longjing apabila angin pada ketika itu dilaporkan bertiup hingga 150 kilometer per jam!

Sepasukan anggota bomba, polis, pegawai perhutanan dan perlancongan kemudiannya dikejarkan ke lokasi.

The Straits Times

Mangsa yang merupakan seorang pelancong lelaki itu berjaya merangkak ke kawasan selamat pada jam 1:20 petang.

Dia kemudian telah dihantar ke hospital untuk menerima kaunseling psikologi. Walaupun tiada nyawa yang terkorban, insiden ini walau bagaimanapun mendapat perhatian warga tempatan.

Di laman Weibo, banyak pengguna menzahirkan kerisauan terhadap aspek keselamatan pada jambatan kaca berkenaan.

“Inilah sebabnya saya tidak berani pijak jambatan sebegitu”, kata seorang pengguna. Malah ada juga yang mempersoalkan kekerapan jambatan kaca itu diselenggara.

Buat masa ini, Resort Piyan Mountain telah ditutup bagi memberi laluan untuk siasatan dan pemeriksaan keselamatan yang komprehensif dilakukan.

Jambatan dengan lantai kaca menjadi semakin popular di resort-resort pergunungan di China, sebagai satu usaha untuk menarik pelancong.

The Straits Times

Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, terdapat sekurang-kurangnya 60 buah jambatan dengan lantai kaca yang sudah dan sedang dibina di seluruh China pada akhir 2016.

Di kawasan pergunungan seperti Jiangxi, Hunan dan Yunnan, jambatan kaca adalah sangat biasa. Antara yang paling terkenal adalah di Zhangjiajie, destinasi pelancongan di Hunan.

Jambatan sepanjang 430 meter dan selebar enam meter itu tergantung di antara dua tebing curam berketinggian 300 meter di atas tanah.

Seorang pengguna bernama Li bertanya, “Bagaimana mahu memastikan keselamatan jambatan itu memandangkan sudah banyak jambatan berlantai kaca di bina, malah popular dalam kalangan pelancong?”.

Untuk wilayah Hebei, pemerintah telah melancarkan piawaian teknikal untuk jambatan kaca dan laluan pejalan kaki, termasuklah –  memberikan garis panduan khusus untuk bahan, lokasi, reka bentuk, pembinaan serta penggunaan dan laluan jambatan.

Misalnya, jambatan kaca tidak boleh dibina di kawasan yang mempunyai aktiviti gempa yang tinggi dan mesti ditutup semasa cuaca buruk dan bencana alam.

Sementara itu, jumlah pejalan kaki di jambatan dan laluan pejalan kaki akan dihadkan tidak lebih daripada tiga orang per meter persegi, menurut garis panduan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI