26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita Utama"Jangan ikut tindakan saya". Presiden Filipina mohon maaf ambil suntikan vaksin Sinopharm...

“Jangan ikut tindakan saya”. Presiden Filipina mohon maaf ambil suntikan vaksin Sinopharm yang belum diluluskan

FILIPINA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte nekad meminta Kedutaan China untuk menarik semula 1,000 dos vaksin Sinopharm yang belum digunakan itu. Tindakan ini dibuat setelah beliau menerima kritikan ramai kerana menerima suntikan vaksin tersebut meskipun belum menerima kelulusan.

Menurut berita ABS-CBN, Filipina adalah salah satu negara yang paling terkesan terhadap jangkitan di Asia Tenggara, dengan jumlah lebih daripada 1 juta jangkitan dan lebih daripada 16,000 kematian.

Duterte menyatakan bahawa China hanya perlu menghantar vaksin Sinovac pada masa akan datang, yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Filipina.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menyampaikan ucapan semasa majlis di Istana Malacanang di Manila, Filipina, pada 17 Julai 2017. (TED Aljibe/AFP | Getty Images)

“Jangan ikut tindakan saya. Ia berbahaya kerana belum ada penyelidikan, ia mungkin akan memudaratkan tubuh. Biarlah saya sahaja yang menerima suntikan ini”.

“Kami minta maaf atas kritikan anda terhadap kami, kami terima tanggungjawab,” katanya. “Kami minta maaf, anda betul, kami salah.”

Sementara itu, presiden yang berusia 76 tahun itu turut menyatakan bahawa keputusan untuk menyuntik vaksin berkenaan adalah hasil perbincangan bersama dan setelah mendapat nasihat daripada doktornya.

Memetik laporan Reuters, Kumpulan Pakar Penasihat Strategik (SAGE) yang merupakan badan penasihat WHO percaya vaksin Sinovac mampu menghindarkan golongan dewasa yang berusia 18 tahun hingga 59 tahun daripada dijangkiti virus Parti Komunis China (COVID-19). Walau bagaimanapun, mereka tidak mempunyai data berkenaan risiko kesan sampingan. Hal yang sama turut berlaku kepada vaksin Sinopharm.

Keberkesanan vaksin buatan China ini menjadi persoalan ramai memandangkan terdapat peningkatan kes kematian akibat penggunaan vaksin tersebut. Misalnya, seorang warganet China yang dikenali sebagai Shan Xia Hua Yi Zi mendedahkan mendiang abangnya yang berkhidmat sebagai anggota polis sempadan telah meninggal dunia selepas menerima dua suntikan vaksin Sinopharm.

Setelah berkongsi kisah mendiang abangnya di media sosial, Shan menerima panggilan telefon daripada majikan abangnya dan juga pihak kesihatan Futian yang memberikan amaran tentang impak negatif daripada perkongsian tersebut. Tidak lama kemudian, perkongsian Shan telah dipadamkan tanpa sebarang notis.

Sehingga 26 April, terdapat 24 kes kematian melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac di Hong Kong meskipun tidak dapat dibuktikan sebarang perkaitan antara kematian tersebut dengan penggunaan serta kesan sampingan vaksin.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI