Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1.
Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba kepada media, mutasi itu dikenal pasti selepas hasil analisis keseluruhan jujukan genom (WGS), setelah saringan dilakukan di pintu masuk utama negara.
Tanpa memperincikan dengan lebih lanjut, Dr Adham berkata kes-kes mutasi berganda yang difahami menjadi menyumbang hampir 60 peratus penularan pandemik itu secara besar-besaran di India telah dikesan melalui seorang warganegara dari negara itu.
Pengesanan Variant of Interest (VOI) – variant Indian B.1.617.1
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 2, 2021
🟣Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID- 19 dari India, dengan mutasi berganda iaitu B.1.617.1 (P1).
🟣Kes ini melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai, India. pic.twitter.com/DusGUz2ylr
@KKMPutrajaya/Twitter
“Kami mengesan kes pertama varian India, mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1 melalui kemasukan warganegara India ketika melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Varian mutasi berganda, B.1.617.1 pertama kali ditemui di India pada 27 April dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara seluruh dunia, tiga hari kemudian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa mutasi berganda dari India mempunyai kadar pertumbuhan virus COVID-19 yang lebih tinggi, berbanding dengan varian sedia ada di republik itu, sekali gus dikhuatiri menjadi punca utama peningkatan mendadak jangkitan virus maut itu di India baru-baru ini.