31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaBerita UtamaMahu melihat keadaan anak yang sedang jalani kuarantin di hotel, ibu bapa...

Mahu melihat keadaan anak yang sedang jalani kuarantin di hotel, ibu bapa ini sanggup tunggu di bawah untuk lihat anak melalui tingkap

Antara perkara yang menyakitkan ketika berlakunya pandemik COVID-19 pastinya perpisahan yang berlaku akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai tidak dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri yang akhirnya membuatkan kita tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga selama berbulan, dan ada juga yang melebihi setahun lamanya.

Bagi mereka yang dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri atas alasan yang kukuh, mereka pula harus menjalani tempoh kuarantin selama 10-14 hari.

Seorang pengguna Twitter, @reylchinoe baru-baru ini ada memuat naik status menceritakan tentang kisahnya ketika kuarantin di salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

@reylchinoe/Twitter

Apa yang menyentuh hati ialah ketika ibu bapanya datang ke hotel tempatnya menjalani kuarantin hanya kerana rindukannya. Namun begitu, mereka berdua tidak boleh berjumpa dengannya secara langsung malah terpaksa menjenguknya melalui tingkap.

@reylchinoe/Twitter

Menurut pemuda ini dia menerima panggilan telefon daripada ibu bapanya yang menyuruhnya untuk pergi ke tingkap kerana ibunya mahu melihatnya. Mungkin kerana rindu dan risau membuatkan ibu bapanya sanggup tunggu di bawah semata-mata untuk melihat keadaannya.

@reylchinoe/Twitter

Pemuda ini juga ada memuat naik beberapa gambar ibu bapanya yang sedang melambai ke arahnya dari kedudukan yang agak jauh.

Status tersebut telah menarik perhatian netizen di Twitter dan ramai yang turut terharu dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Ada juga yang turut berkongsi kisah kuarantin mereka.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI