Jika anda memiliki kucing peliharaan di rumah, anda pasti tahu perangai kucing anda yang kebiasaannya suka makan, tidur, bermain dan mengulanginya dari awal.
Tidak seperti anjing yang boleh dilatih untuk menuruti arahan, kucing kebiasaannya lebih bersifat mengarah manusia.
Namun di Thailand, kucing ini memiliki sikap yang cukup berbeza. Oleh demikian, tuannya mengambil keputusan untuk menggunakan kucing ini dalam membantunya menanam padi sawah!
Untuk pengetahuan anda, kucing ini sangat mahir dan pakar dalam kerja pembajakan. Biasanya para petani akan menggunakan khidmat lembu atau kerbau dalam proses membajak. Namun, kucing ini sudi menghulurkan keempat-empat kakinya untuk membantu tuannya menanam padi!
Lihatlah semangat dan kesungguhan kucing ini bekerja. Habis comot mukanya! Sementara kucing-kucing lain tidak sukakan kotoran dan akan sentiasa menjilat badan, kucing ini sanggup membanting tulang demi membantu tuannya mencari rezeki.
Bagus betul kucing ini. Beruntung keluarganya kerana memiliki kucing yang rajin bekerja.