27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 18, 2021
Utama Nasional JIPS kenal pasti, gantung tugas dua anggota PDRM terlibat kes gangguan seksual...

JIPS kenal pasti, gantung tugas dua anggota PDRM terlibat kes gangguan seksual di sekatan jalan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini telah mengenal pasti dua anggotanya yang didakwa mengganggu dua orang pemandu wanita di dua lokasi sekatan jalan yang berbeza dan menggantung tugas mereka serta merta.

Menurut Datuk Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, tindakan itu dibuat ke atas kedua anggota terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Polis pada masa ini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas kejadian berkenaan dilaporkan oleh dua wanita terbabit termasuk sudah merakam kenyataan daripada mereka”.

Bernama

Ia bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai anggota-anggota polis terbabit yang didakwa mengganggu mereka serta bukti-bukti berkaitan jika ada”.

Bukti yang dimaksudkan itu termasuklah pengecaman anggota polis terlibat dan sekiranya ada rakaman komunikasi di antara anggota terbabit dengan mereka.

“Siasatan ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai apa sebenarnya berlaku dan siasatan dijalankan secara telus dan teliti”, tambahnya.

Sebelum ini, dua wanita tersebut mendedahkan situasi itu di laman Twitter, mendakwa bahawa telah diganggu ketika diminta berhenti di sekatan jalan raya.

Dalam insiden pertama di Pulau Pinang, wanita tersebut telah melampirkan tangkap layar perbualan Whatsapp menunjukkan dia telah menerima mesej daripada anggota terlibat yang mahu mengenalinya.

Manakala insiden kedua pula melibatkan seorang lagi wanita menjadi mangsa gangguan seksual apabila anggota yang bertugas mempersoalkan mengapa dirinya tidak memakai bra.

Mengakui dirinya tidak membawa lesen, anggota polis itu kemudian masuk ke khemah untuk memeriksa kad pengenalannya. Selepas itu, muncul seorang lagi anggota bernama Asyraf atau Ashraf.

Wanita itu kemudian mendedahkan bahawa anggota bernama Asyraf atau Ashraf itu meminta untuk menunjukkan padanya jika benar dia tidak memakai bra.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

TREN TERKINI