34.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024
UtamaBerita UtamaSyarikat 7-eleven berikan hadiah khas kepada satu-satunya bayi yang lahir pada 7-11

Syarikat 7-eleven berikan hadiah khas kepada satu-satunya bayi yang lahir pada 7-11

Kedai serbaneka pada hari ini semakin banyak dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Di mana-mana sahaja kita pergi, pasti akan menemui kedai serbaneka, contohnya 99 speedmart. Kadang-kadang, dalam satu penempatan, ada dua, tiga buah kedai 99 speedmart. Namun yang paling dekat dihati ramai orang ialah kedai serbaneka 7-eleven. Kepelbagaian perisa air Slurpee sentiasa menjadi kegilaan orang ramai dari dulu hingga kini. Masing-masing ada kenangan terindah bersama 7-eleven. Begitu jugalah dengan seorang ibu dari Missouri, nombor tujuh-sebelas sangat bermakna baginya.

Bagi Rachel Langford, melahirkan bayi perempuan pada 11 Julai jam 7:11 pagi merupakan detik bersejarah dalam hidupnya. Bukan sahaja ‘kaya’ dengan tarikh dan masa yang mempunyai nombor tujuh dan sebelas, tetapi berat anak yang dilahirkan itu adalah 7 paun dan 11 auns (kira-kira 3.49 kilogram). Memang satu perkara yang menarik dan amat jarang berlaku. Tambah menarik dan mengujakan lagi ialah apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan syarikat 7-eleven, mereka tidak teragak-agak untuk memberikan hadiah khas untuk si kecil yang istimewa itu.

Menurut Rachel, semasa mengandung dia sering melihat nombor tujuh dan sebelas, namun tidak faham jika ia memberi apa-apa sebarang petanda. Sehinggalah dia melahirkan anaknya, barulah dia tahu nombor tujuh dan sebelas itu adalah kejutan yang berlaku secara kebetulan. Katanya, anaknya itu sangat hampir dengan tujuh-sebelas dan pada dasarnya, dia adalah seorang “bayi tujuh-sebelas”.

Teruja dengan apa yang berlaku kepada dia dan keluarganya, Rachel berkongsi perkara gembira itu dengan dunia melalui sosial media. Tidak lama selepas itu, wakil daripada syarikat kedai serbaneka 7-eleven menghubunginya. Pihak tersebut memberitahu Rachel bahawa mereka mahu menghadiahi bayi tersebut dana kolej yang berjumlah USD7000 (lebih kurang RM31,150) serta lampin pakai buang dan jumpsuits.

Rachel dan suaminya berasa sangat gembira. Selain mempunyai anak yang berusia enam tahun dan berhadapan dengan tekanan kewangan pada masa kini, dana kolej tersebut ternyata dapat membantu mereka sekeluarga.

Kata mereka, bayi perempuan mereka sangat baik, tidak banyak meragam dan mudah tidur selepas diberikan susu. Tambah Rachel, “Agak pelik kerana selepas dia lahir, kami menjadi lebih tenang dan beberapa masalah kami dapat diselesaikan.”

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI