Sikap prihatin rider penghantar makanan ini terhadap haiwan peliharaan orang lain amat menyentuh hati.
Sebuah rakaman video menunjukkan kebaikan seorang rider penghantaran makanan Grab ke atas seekor anjing yang kelaparan menjadi tular di media sosial pada tahun lalu ketika pandemik, menghangatkan hati tuan punya anjing ini serta seluruh warganet.

Rakaman CCTV selama satu setengah minit dari Thailand ini dikongsi seorang pengguna Facebook dan pemilik anjing ini, Orez Picazzo yang menerangkan alkisahnya..
Pada mulanya, pemilik anjing ini terlupa memberi makan haiwan peliharaannya, lalu dia meminta rider penghantaran makanan untuk meninggalkan makanan di hadapan pintu pagar agar anjing itu boleh makan dengan sendiri.

Sebaliknya, rider penghantar makanan itu dengan rela hati bergerak lebih jauh apabila membuka bekas makanan, menggaulkan makanan yang panas dengan tangan dan bersungguh-sungguh menyejukkannya dengan kipas biru, sebelum menyerahkannya kepada anjing berkenaan untuk dimakan.

Dia juga berkongsi air mineralnya sendiri ke dalam bekas makanan agar anjing itu tidak dahaga dan dapat minum dengan baik.

Rider ini kemudian menunggu anjing itu selesai makan, sebelum membuang semua bekas makanan ke dalam tong sampah, dan menunggang motosikal untuk meneruskan tugasnya, meninggalkan anjing itu dengan rasa gembira dan puas hati di belakangnya.

Kebaikan hati rider penghantar makanan ini telah menceriakan hari anjing itu, pemiliknya dan semua orang yang melihat aksinya melayan haiwan dengan rasa penuh kasih sayang.
Pengguna Facebook, Orez Picazzo mendedahkan sebab dia memanggil penghantar makanan ke rumahnya kerana dia terlupa menyediakan makanan untuk anjingnya pada hari itu ketika dia bergegas ke tempat kerja.

Kebetulan ibu bapanya berada di luar kawasan dan dia berasa malu untuk menyusahkan rakan-rakannya untuk memberi makan kepada anjingnya itu.
Apa pun, video menyentuh hati itu telah menyebabkan rata-rata para warganet memberi penuh pujian kepada rider tidak dikenali ini, dengan ramai yang berharap dia akan mendapat ganjaran dan lebih keberkatan atas kebaikannya pada masa akan datang.

Semoga tindakan tidak mementingkan diri penghantar makanan ini akan mengingatkan orang lain untuk menunjukkan sikap belas kasihan yang sama terhadap haiwan peliharaan dan makhluk hidup yang lain.
Tonton video di sini.