28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 22, 2025
Utama Blog Laman 13

Shah Firdaus tamatkan acara Keirin tanpa pingat

0

PARIS: Shah Firdaus tamatkan acara Keirin tanpa pingat selepas dia terlibat dengan kemalangan di trek dan disingkirkan daripada perlumbaan.

HARIAN METRO

Pada awalnya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dikatakan menduduki tangga keempat, namun keputusan rasmi meletakkannya pada tangga keenam serta berstatus REL (disingkirkan).

Difahamkan, status tersebut diberikan ekoran tindakan anak kelahiran Muar, Johor ini yang menghalang terlebih dahulu pelumba dari Jepun, Nakano sebelum berlakunya perlanggaran.

Perlanggaran yang turut melibatkan Nakano dan Carlin itu meletakkan kedua-dua pelumba berkenaan berstatus DNF (tidak menamatkan perlumbaan).

OLYMPIC.COM

Acara Keirin ini berakhir dengan Harrie Lavreysen dari Belanda merangkul pingat emas manakala pingat perak dan gangsa pula disandang oleh pelumba dari Australia iaitu Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

Walaupun Malaysia pulang tanpa sebarang pingat menerusi acara trek berbasikal pada edisi Olimpik Paris 2024 ini, namun ini bukan pengakhirannya.

Semoga atlet negara akan berjaya menebus kekalahan pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) kelak.

Azizulhasni perjelas keadaan sebenar yang berlaku di trek keirin

0

PARIS: Azizulhasni perjelas keadaan sebenar yang berlaku menerusi satu hantaran di Facebook berikutan penyertaannya dalam acara Keirin dibatalkan.

AZIZULHASNI AWANG

Menurut Azizulhasni, dia tiada niat memintas pacer ketika saringan pertama tersebut melainkan disebabkan dua keadaan genting.

Keadaan pertama di mana Azizulhasni disekat dan dihimpit oleh pelumba Perancis, Rayan Helal.

Keadaan kedua pula ialah tindakan pacer yang bergerak pada kelajuan tidak sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.

Azizulhasni menjelaskan bahawa hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley adalah dia akan terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi hadapan seawal mungkin.

Hal ini disebabkan terdapat beberapa pelumba front runner (senko) dan jika mereka memecut awal, ini akan merisikokan Azizulhasni untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi.

Selain itu, jika menggunakan taktik menunggu, kemungkinan untuk Azizulhasni disekat dan dihimpit beberapa pelumba hadapan juga boleh berlaku.

Azizulhasni menjelaskan bahawa perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama dan kedua dan selepas pacer keluar dia akan terus memecut untuk merebut kedudukan paling hadapan (pertama).

AZIZULHASNI AWANG

“Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France.”

“Himpitan itu terlalu aggresive dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya (boleh rujuk gambar) dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh kerana quick reaction dan good handling skill yang saya ada.”

Jelas Azizulhasni lagi, Helal masih mengekor rapat disebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua. Disebabkan itulah Azizulhasni bergerak ke hadapan bagi mengelak Helal.

Selain itu, tindakan pacer yang bergerak lebih perlahan daripada kelajuaan sebenar serta tidak memecut keluar selepas selekoh empat juga menjadi punca Azizulhasni dilihat memintas pacer.

“Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed / kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh.”

“Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi, pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.”

Melihatkan keadaan itu, Azizulhasni cuba memperlahankan kelajuannya namun tidak sempat hingga menyebabkan dia “ditangkap” memintas pacer.

“Saya yang tengah bergorak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.”

Azizulhasni mengakui tayar belakangnya memotong pacer sebelum pacer keluar namun ia tidak disengajakan disebabkan dua keadaan tersebut.

AZIZULHASNI AWANG

Susulan kejadian itu, jurulatih John Beasley dan pengurus pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Selain itu, mereka juga memohon untuk melihat semula rakaman video perlumbaan dan keputusan, namun pihak panel komisar memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.

Suatu ketika dahulu, jurulatih dan pasukan boleh membawa hujah dan video untuk disemak semula namun kali ini peraturan tersebut tidak lagi diguna pakai.

Menerusi hantaran tersebut itu juga, Azizulhasni memohon agar orang ramai memberi sokongan dan doa kepada rakan sepasukannya Shah Firdaus yang akan menggalas tanggungjawab dan harapan baru untuk membawa pulang pingat emas buat negara.

Dalam pada itu, Hannah Yeoh menerusi hantaran di Facebooknya berkata dia lebih mengutamakan keadaan emosi Azizulhasni selepas apa yang terjadi.

HANNAH YEOH

Menteri Belia dan Sukan itu juga meluahkan rasa kecewa akan keputusan penyingkiran Azizulhasni daripada acara Keirin namun terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Hannah juga meminta agar ibu bapa yang menonton pelumbaan tersebut bersama anak-anak agar menjelaskan dengan baik akan keadaan sebenar yang menimpa Azizulhasni.

Penyertaan Mohd Azizulhasni dalam saringan pertama acara Keirin lelaki dibatalkan kerana dikesan memintas derny-basikal elektrik yang bertindak sebagai pacer.

Olimpik Paris: Acara keirin tertangguh seketika akibat kemalangan

0

PARIS: Acara keirin di Olimpik Paris 2024 tertangguh seketika selepas kemalangan yang menyaksikan Kwesi Browne tercampak dari basikalnya.

Kemalangan itu berlaku pada pusingan terakhir ketika pelumba-pelumba sedang cuba memintas untuk berada di hadapan.

Gambar Reuters

Pelumba 30 tahun dari Trinidad dan Tobago itu terlantar di atas trek sebelum dibawa keluar dari Velodrome National. 

Brown sempat menunjukkan tanda bagus kepada penonton.

Ia bukan kemalangan pertama dalam acara berbasikal trek pada hari berkenaan.

Gambar Reuters

30 minit sebelum itu, dalam acara madison lelaki, pelumba Great Britain, Ollie Wood terjatuh selepas topi keledarnya dihantuk oleh pelumba Belanda, Jan Willem van Schip.

Wood terpaksa menerima rawatan sebelum meneruskan perlumbaan 50 kilometer itu dan menamatkannya di tangga ke-10 bersama Mark Stewart.

24 jam sebelum insiden berkenaan, pelumba Great Britain, Jack Carlin didakwa oleh Belanda menghalang pelumba mereka seperti aksi ragbi sebelum meraih gangsa acara pecut.

Belum rezeki Nur Dhabitah, Bertrand bawa pulang pingat

0

PARIS: Belum rezeki Nur Dhabitah, Bertrand bawa pulang pingat bagi kategori masing-masing daripada Sukan Olimpik edisi Paris 2024.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Nur Dhabitah Sabri menamatkan perjalanan di Pusat Akuatik Olimpik Paris dengan menduduki tangga ke-12 daripada 12 peserta pada saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita.

Dhabitah memulakan saingan akhir dengan prestasi yang baik pada pusingan pertama dan kedua terjunan dengan catatan mata masing-masing, 63.00 dan 60.00.

Walau bagaimanapun, Dhabitah terkandas pada pusingan ketiga dan keempat dengan catatan mata masing-masing, 37.50 dan 28.50.

Walaupun berjaya bangkit pada pusingan akhir, namun harapan untuk Dhabitah merangkul pingat tidak kesampaian kerana catatan mata yang diperoleh amat rendah berbanding semua penerjun.

OLYMPIC.COM

Terdahulu, Dhabitah menduduki tangga ke-8 daripada 12 orang penerjun terbaik yang layak ke pusingan akhir.

Sementara itu, Bertrand Rhodict Lises yang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik gagal menempatkan diri untuk mara ke pusingan separuh akhir.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Hal ini kerana, Bertrand gagal pada pusingan awal acara 10 meter platform individu lelaki dengan berada pada kedudukan ke-25 daripada 26 penerjun.

Bertrand menunjukkan prestasi baik pada pusingan pertama dan kedua namun terkandas berturut-turut pada pusingan ketiga, keempat dan kelima dengan catatan mata bawah 50.00.

Pada pusingan terakhir, Bertrand berjaya memperbaiki prestasi dengan catatan mata 65.60.

OLYMPIC.COM

Memetik laporan yang ditulis Bernama, Bertrand meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat melaksanakan terjunan yang baik.

“Boleh dikatakan ia bukan persembahan terbaik saya dan bukan juga yang terburuk, tetapi berada di peringkat ini, saya rasa seperti tidak berjaya. Tekanan mengganggu saya (semasa pertandingan).”

“Saya tidak dapat fokus dan beraksi dengan baik, jadi ini penghujung Sukan Olimpuk saya. Saya tidak boleh bercakap banyak kerana ia merupakan terjunan baharu, perkara baharu bagi saya, kemudian dengan tekanan, saya tidak dapat melaksanakannya dengan baik.”

“Sudah pasti saya akan bangkit dengan lebih bertenaga untuk kejohanan seterusnya. Ini hanya permulaan, mudah-mudahan saya dapat memberikan persembahan lebih baik pada pertandingan akan datang.” Kata Bertrand.

Walaupun gagal membawa pulang pingat, Malaysia menghargai jasa Nur Dhabitah dan Bertrand kerana telah bekerja keras dan mempamerkan prestasi yang baik bagi kategori masing-masing.

Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan, tawar diri bantu pembedahan direman dua hari

0

Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, direman selama dua hari.

Perintah reman hingga 10 Ogos dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta menyamar sebagai penjawat awam.

Gambar Malay Mail

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya untuk tindakan menceroboh, manakala bagi perbuatan menyamar sebagai penjawat awam pula boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren dan diiringi anggota polis, namun tidak kelihatan kelibat ibu atau bapa remaja itu di pekarangan kompleks mahkamah.

Pada 8 Ogos, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mengesahkan seorang remaja warga tempatan ditahan kira-kira jam 9 pagi di lobi HSIS.

Polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan oleh remaja berkenaan.

Wan Kamarul Azran berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.

Gambar NST

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengambil maklum kepada pihak berkenaan dan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan polis.

“Pada 7 Ogos 2024, pihak pengurusan HSIS Serdang menerima laporan mengenai tingkah laku mencurigakan seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan bertugas di HSIS.

“Tindakan pantas pihak HSIS berjaya mengesan identiti individu terbabit dan laporan polis sudah dibuat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, polis kemudian berjaya menahan remaja terbabit atas kebenaran dan hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan pengenalan palsu untuk menyamar sebagai kakitangan HSIS.

Papar visual Menara “Berkembar Tiga” Petronas di papan iklan digital, syarikat pengiklanan mohon maaf

0

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengiklanan tampil memohon maaf gara-gara kesalahan pada visual ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Daerah Brickfields yang dipaparkan di Sri Hartamas.

Satu kenyataan rasmi telah dimuat naik di laman Facebook syarikat WOW Media Sdn Bhd dengan menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan kesalahan yang berlaku.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, mereka telah memadam visual tersebut daripada tatapan umum.

Facebook

“Kami ingin memaklumkan isu yang berlaku dengan visual ‘Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields’ yang dipaparkan pada skrin di Sri Hartamas.

“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan segera memadam visual itu,” tulis kenyataan berkenaan.

Sementara itu, pihak Polis Brickfields turut memaklumkan pihak mereka telah meminta syarikat berkenaan untuk menurunkan iklan terbabit dengan serta-merta dalam satu hantaran di media sosial.

Polis Brickfields / Facebook

Terdahulu, tular satu visual poster rasmi sambutan kemerdekaan hasil janaan AI yang meraih perhatian ramai apabila terdapat imej menara petronas dengan kembar ‘ketiga’ yang sekaligus menghilangkan identiti sebenar menara ikonik berkenaan.

Ekoran itu, orang ramai mula mempersoalkan integriti syarikat terbabit yang gagal menyemak dengan teliti terlebih dahulu hasil poster yang digunakan untuk badan rasmi kerajaan.

Atlet Australia kongsi isi hadiah kotak ‘misteri’ diterima bersama pingat emas di podium Olimpik Paris 2024

0

Kini semua orang memperkatakan tentang sukan berprestij dunia Olimpik Paris 2024. Temasya sukan paling penting buat para atlet melakukan yang terbaik bagi mengutip butiran pingat buat negara masing-masing.

Ketika menerima pingat selaku tiga tempat teratas di podium selaku jaguh dunia, atlet juga diberi cenderahati yang sebelum ini kebanyakannya berupa jambangan bunga atau patung maskot.

Atlet kayak Australia Jessica Fox (Gambar X)

Baru-baru ini, seorang atlet wanita telah berkongsi isi kotak hadiah ‘misteri’ yang diterimanya selepas memenangi pingat emas di Olimpik Paris.

Menerusi video di TikTok, atlet kayak dari Australia, Jessica Fox, berkongsi dia turut menerima cenderahati berupa sebuah kotak hadiah semasa menerima pingat emas.

Atlet kayak Australia Jessica Fox (Gambar X)

Ramai pengikutnya yang tertanya-tanya apakah isi di dalam kotak itu, dan dia kemudian membuat video unboxing untuk mendedahkannya.

TikTok

Rupa-rupanya di dalamnya terdapat sekeping poster rasmi dan edisi khas Olimpik Paris 2024 sebagai tanda kenang-kenangan yang hanya atlet pemenang sahaja yang menerimanya.

TikTok

Jessica Fox menyumbang pingat emas buat negaranya dalam acara kayak slalom perseorangan wanita.

Gempa bumi 7.1 magnitud landa barat daya Jepun, nasihat tsunami dikeluarkan

0

TOKYO: Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya negara itu susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain pada Khamis, 8 Ogos, menurut agensi cuaca negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah Miyazaki dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa bumi itu.

@metmalaysia/X

JMA berkata, nasihat tsunami telah dikeluarkan untuk wilayah Miyazaki, Kochi, Ehime, Oita, Kagoshima di pulau Kyushu dan Shikoku.

Kyodo News melaporkan tiada keabnormalan ditemui di loji nuklear berhampiran kawasan gempa.

Laporan itu menambah, perkhidmatan kereta api Kyushu Shinkansen dihentikan selepas gempa berlaku.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 4.43 petang waktu tempatan pada kedalaman 30 km dengan pusat gempa terletak di perairan Hyuga-nada di selatan Kyushu, menurut agensi cuaca.

Magnitud gempa itu kemudian disemak daripada 6.9 kepada 7.1.

The Pocket Rocketman tersingkir acara pecut, fokus pada Keirin

0

PARIS: The Pocket Rocketman, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tersingkir acara pecut selepas menduduki tempat ketiga pusingan repechanges 1/8.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA Gambar: Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Azizulhasni ketinggalan 0.190 saat di belakang Mateusz Rudyk dari Poland yang mencatatkan 9.966 saat manakala Mikhail Yakovlev dari Israel di tempat kedua.

Hanya pemenang saringan kedua akan mara ke suku akhir.

Selepas tewas kepada Jeffrey Hoogland (9.772s) dari Belanda dengan ketinggalan +0.037s pada saringan 6 pusingan 1/8, Azizulhasni terpaksa beraksi dalam repechanges.

Walaupun tersingkir namun menurut Azizulhasni kepada Bernama, dia amat berpuas hati dengan permulaan kempen kali ini.

Hal ini dikatakan demikian kerana Azizulhasni berjaya mencapai catatan masa yang dimahukan pada pusingan kelayakan.

“Perancangan awal kita adalah untuk berlumba satu demi satu pusingan. Saya gembira dapat kalahkan Luca Spiegel dari Jerman dan Hamish Turnbull dari Great Britain.”

“Perancangannya untuk kalahkan Hoogland tapi sebaliknya. Ia merupakan satu perlumbaan yang hebat dari segi teknikal dan taktikalknya cuma saya tidak cukup laju.”

“Ketika pusingan repechanges, John Beasley berkata simpan tenaga untuk Keirin. Jika ke pusingan repechanges akan berdepan dengan pelumba-pelumba hebat seperti Harrie Lavreysen (Belanda) di suku akhir dan saya membazir tenaga.”

“Saya akan simpan tenaga untuk perlumbaan seterusnya pada 8 malam esok,” Kata The Pocket Rocketman.

Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula gagal ke pusingan 1/16 selepas tewas di pusingan 1/32 acara tersebut.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA Gambar: Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Muhammad Shah turut gagal menebus kekecewaan di pusingan repechanges 1/32 apabila sekadar menduduki tempat kedua dalam saringan ketiga.

Bagi pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula, dia terlepas peluang ke suku akhir acara Keirin apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechanges.

Pelumba berusia 20 tahun itu memulakan kayuhan di barisan hadapan namun dipintas pelumba dari Kanada Kelsey Mitchell dan Katy Merchant dari Great Britain.

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA Gambar: Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

Selepas ini Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah akan beraksi dalam acara utama, Keirin bermula 10 Ogos ini. Manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula akan beraksi dalam acara pecut wanita bermula 9 Ogos.

Semoga atlet-atlet kebanggaan negara ini berjaya pada acara seterusnya.

Majlis Daerah Cameron Highlands ambil tindakan roboh pembinaan haram ‘Santorini’

0

Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengambil tindakan merobohkan lokasi tarikan pelancong baru yang berinspirasikan Santorini Greece di Cameron Highlands selepas pembinaan didapati tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan di Facebook, MDCH berkata operasi perobohan itu berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi pada Isnin, 5 Ogos.

Facebook

Operasi itu diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands Azmil Hadid Maznan dan melibatkan kakitangan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

Operasi itu melibatkan anggota Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad.

Facebook

Tindakan penguatkuasaan perobohan itu dilakukan mengikut Seksyen 70(1) di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) untuk pembinaan tanpa kelulusan terlebih dahulu.

Facebook

“Diharap tindakan penguatkuasaan ini akan menjadi amaran dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan,” kata MDCH.

Facebook

Difahamkan tarikan pelancong yang diilhamkan oleh pulau Santorini di Greece yang indah, dan dikenali Cameron Santorini, mula dibuka pada April tahun ini.

Facebook

Menurut ulasan di Facebook dan Google, tiket masuk berharga RM40 untuk dewasa, dan RM20 untuk kanak-kanak dan warga emas.

The Star melaporkan pemilik tapak akan cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk membuka semula tarikan di Cameron Highlands itu.