26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024
UtamaGaya HidupPeniaga ini kongsi petua membezakan udang ternak dan udang laut

Peniaga ini kongsi petua membezakan udang ternak dan udang laut

Bagi penggemar makanan laut terutamanya yang suka makan udang, petua memilih udang segar dan sedap pasti sangat penting.

Seorang penjual ikan baru-baru ini berkongsi petua penting bagaimana anda boleh melihat perbezaan antara udang laut bebas yang ditangkap nelayan dan udang yang diternak pengusaha udang.

Twitter

Menerusi video tular di platform TikTok dan Twitter, netizen @ceooffisher berkata anda kini boleh lebih berwaspada apabila ke pasar untuk membeli udang segar dengan petua berikut:

“Seseorang bertanya kepada saya apakah perbezaan antara udang laut bebas dan yang dibela,” katanya.

“Ada dua ekor udang di sini. Yang rupa kulit dia lebih gelap dan tebal adalah udang bela. Yang kulit dia putih dan nipis adalah udang yang ditangkap di laut,” tambahnya.

Twitter

“Udang bela ini mesti gelap, tidak kira udang harimau atau apa-apa jenis pun.

“Udang laut bebas, dia tidak akan gelap. Lagi satu udang ini tidak akan dapat dibawa pulang secara bertan.

“Paling banyak pernah saya nampak, sama ada 20 kilogram atau kurang bila nelayan turun ke laut,” jelasnya.

Twitter

Katanya, sekiranya peniaga berkata udang yang berwarna gelap adalah udang laut, diharap anda jangan percaya atau terpedaya kerana warna udang laut tidak akan berkulit gelap.

“Jika penjual ikan cuba menipu dengan mendakwa udang yang lebih gelap itu udang ditangkap, tanya dia, mengapa warnanya sangat gelap,” kongsinya.

Twitter

Mungkin ramai juga yang teringin membeli udang laut kerana isinya lebih lembut dan rasanya lebih manis berbanding udang ternak.

Semoga perkongsian petua memilih udang ini bermanfaat.

Tonton video di bawah:

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI